Archive for February, 2007

Cerita Ceriti 3

Posted on the February 27th, 2007 under CATATANKU by Firdee

— Jiwa Kaco —
Sejak dua tiga hari ni otak ni mcm bercelaru je. Tak tau ape sebenarnye yg difikirkan. Tengah drive pon otak tak tumpu 100% utk driving tapi ke lain. Cuma mata je yg pandang ke depan tapi mcm org tgh mengelamun. Luaran mungkin org tgk mcm biasa je tp jiwa ni sungguh kacau. Aarggh!!! Help!!! Help!!!

— Mimpi —
Semalam saya didatangi satu mimpi yg dah lama saya tak mimpi pasal ORANG ni. Last skali mimpikan ORANG ni masa saya form 3. Semalam lepas 10 tahun ORANG ni datang lagi dlm mimpi saya. Masa form 3 dulu pernah gak tanya ustazah apa maknanya kalau kita asyik mimpikan ORANG ni je. Ustazah kata itu maknanya kita dan ORANG tu saling ingat mengingati. Kiranya dia pon ingat kita dan kita pon ingat dia. Huhuhu :P . Tapi la ni lepas 10 tahun dah lost contact tetiba plak dia enterframe dlm mimpi saya. Nak ckp yg saya dok ingat kat dia takde pon. Tapi tak tau le kalo dia ingat kat saya. Ngeh ngeh… Saya harap ORANG ni baik-baik je la kat mana saja dia berada.

— Kerja —
Sekarang ni blaja dah abis n tunggu nak grad je bulan 5 ni. Orang tua di rumah pon dah dok bising soh saya cari keje part time. Ye la, asyik ngadap komputer je baik cari keje. Leh gak dapat duit poket. Tu le yg diorang ckp. Dalam paper pon skrg ni banyak peluang keje yg boleh di apply n semalam dah hantar 2 permohonan keje. Hari ni nak hantar lagi satu. Keje kat Universiti Darul Iman. Try apply utk jadi computer technician. Doakan la ye ade rezki. Kalo bleh nak cari yg area Temerloh ni je sbb jimat kos sket. Hehehe :mrgreen:

NoKa:
Saya nak minta maaf kepada sesiapa yg call & sms saya kebelakangan ni n saya x jawab n balas. Soriii… :|

Cerita Ceriti 2

Posted on the February 23rd, 2007 under APA SAJA,CATATANKU by Firdee

Hampir seminggu saya tak update blog ni. Start ujung minggu lepas sampai le ujung minggu ni saya kureng sket on9 sebab adik² yg dok asrama semua balik n memasing ada assignment memasing yg memerlukan mereka guna tenet. Kalo dulu saya rajin on9 malam tapi sejak uwo dah duduk ngan kitorang malam memang saya takkan on9 sebab taknak kaco dia nak berehat. Sian kat dia.

Minggu lepas ayah tempah satu set alat untuk mandi wap. Kalo biasa kat spa tu besar dan boleh memuatkan ramai tapi yg utk home version ni just boleh masuk sorang n badan sahaje. Kepala just kat luar mcm org nak kena pancung zaman dulu tu. Huhuhu :mrgreen: . Saya dah test 4 kali n lepas mandi wap ni badan akan lebih terasa segar.


mcm naik kete kebal jek :P

Minggu ni tatau nape tenet kat umah ni slow banget. Nak sedut tv series pon jadi males sbb bila dah sampai kat tengah² dan dan je disconnect. Bengang tol :x . Dah le lame nak nunggu. IDM saya dah kena block so takde la download manager yg leh digunakan utk menyedut. Try download manager lain tapi takde pon yg setanding dengan IDM. IDM gak yg bagus dlm melakukan kerja sedut menyedut nih. Tapi sedih la, saya dah tak leh nak install IDM kat komp saya :cry: .

Ilmu Pemagar Diri Dan Rumah

Posted on the February 17th, 2007 under BERPESAN-PESAN by Firdee

Satu info yg bagus dan boleh kita amalkan. Thanks to Armiex from Asscrewz.

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..

Waktu selepas solat maghrib, seeloknya pada hari selasa bagi memagar
diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.

1) Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2) Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3) Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembok yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4) Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembok itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembok empat segi yang sempurna.

5) Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamalkan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak boleh sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan
mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.

Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari Pencuri

Satu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas. Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut-takut pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Nak Tempah Theme?

Posted on the February 16th, 2007 under IKLAN by Firdee

Hari ni saya masuk site Lisa terkujat jap sebab theme dia bertukar wajah lagi. Kali ni tema dia Ashlee Simpson. Cantik banget :D . Memang kreatif n rajin sungguh dia wat theme. Skrg dia dah pon buka satu lagi site utk sesiapa saja yg nak tempah theme utk website/ blog memasing. Dia namakan site tu DEARLOVA DESIGNS. Harga yg ditawarkan utk setiap theme amat berpatutan dan murah. So, sesiapa yg nak theme yg lawa, berkualiti n murah boleh la tempah kat lisa. To lisa, keep up ur good work n moga bisnes Lisa bertambah maju.