3000 MB Webhosting + Unlimited Email + Only RM80 Per Year...
Powered by MaxBlogPress  

Petikan Harian Metro 300307

Peminat Sabah rai Heliza AF
Oleh Hadi Karim

BUAT julung kali kalangan peminat dan penyokong pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Hilmi atau lebih dikenali Heliza dijemput menghadiri majlis pelancaran Kelab Heliza AF di Bangunan Umno Kalabakan, petang ini.

Setiausaha kelab, A Malik Mat, berkata pelancaran kelab itu akan disempurnakan Ahli Parlimen Kalabakan yang juga Ketua Umno Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh.

Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad.

Ibu bapa Heliza, Hilmi Hasbi dan Latifah Muhammad akan meluangkan masa beramah mesra dengan peminat dan penyokong Heliza.

A Malik berkata, penubuhan kelab itu sebagai langkah awal memberi sokongan padu kepada Heliza yang kini menetap di Tawau walaupun pelajar itu mewakili Terengganu.

Heliza dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau sejak berusia 13 tahun kerana bapanya bertugas di Balai Polis Bergusong, Sebatik,“ katanya.

Katanya, Heliza mengikuti ujian bakat Akademi Fantasia di Kota Kinabalu dan tawaran sebagai calon pelajar juga diadakan di Tawau.

Pelajar yang memiliki suara mirip Datuk Siti Nurhaliza adalah bakal guru yang menangguhkan pengajian tahun kedua dalam bidang pendidikan Biologi/Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Heliza pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Ursula, Tawau memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan.

Anak kedua daripada empat beradik itu berminat dalam bidang seni suara dan pernah menjayakan pelbagai program kemasyarakatan anjuran Umno Kalabakan.

Sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi

A Malik Mat, di talian 012-8190101.

Share/Save/Bookmark

This entry was posted on Friday, March 30th, 2007 at 3:26 pm and is filed under Keratan Akhbar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply