Voice out our opinions and get rewarded. Click here!!!
Powered by MaxBlogPress  

Sebuah Catatan Heliza

Flash back..Pada suatu hari..sekitar jam 3lebih petang..selepas berjumpa dgn doktor dan juga baru lepas balik dari supermarket,tidak ku duga hari itu hampir meluluhkan jantung ku sekejap.. tidak ku sangka yg aku diberikan kezutan mak aihh xtau la nak habaq camne..

“TAHNIAH ANDA CALON PELAJAR AF5!”

ha.. lebih kurang cam tu la bunyinya. sungguh tak sangka yang amat.. ija terdiam..macam mimpi pun ada..betul ke ija dapat.. hmm.. pendek kata mcm x caya! then.. ija kena hantar borang yang tebal gile kat astro dalam masa lima hari dari tarikh kezutan.. xsilap ija.. ija balik ke umah koz cuti laye cina.. penin ija memikirkan perkara ni.. xpenah ija sngka ija akan mendapat peluang sebegini.. ija agak bingung.. sebab waktu tu tinggal lagi 2 minggu je nak final xm..assignment,rwport,kuiz,midterm,sumer dah settle.. hanya tunggu untuk gie xm je.. arghh penin nye.. cam ne ni.. nk masuk af ke x ni.. aiyakkk..

“ma.. abah.. camne? ija xtau nak wat pilihan ni sama ada nak masuk af atau x..” ma n abah ija jwb “tepuk dada tanya selera.. pikirlah mana yg terbaik untuk ija.. kami hanya bleh bagi opinion sahaja tetapi decision nya ija yg kena tentu kan..”

then .. cuti raya cina pun dah habis.. stat balik kuliah.. waktu tu ija tanya beberapa kawan untuk membantu ija yg dah buntu selain daripada tu..ija ada mintak pandangan beberapa org lecturer..sampai ija pun tekompius..yela.. xm dah xlama lagie..lagi pun sumer perkara dah settle hnya untuk wat revision jer.. yg plg dasat..proses penangguhan baru je tamat tempohnya 2hari lepas.. arghh sudah..camne ni.. terdetik di hatiku.. sygnya..xm dh dkt..final xm lak tu..berbaloi ke ija masuk af ?lgi pun proses penangguhan dah habis..camne nak mohon penangguhan ni.. humm blur2.. ada yg bg pendapat teruskan study koz penting untuk masa depan..ada yg ckp masuk af kerana peluang datang sekali..yakni bukan selalu..

ija mula mengorak langkah dengan ditemani oleh beberapa kawan rapat ija.. turun naik turun pejabat.. mmg sukar sekali proses ni kerana proses penangguhan dah tamat dan pihak universiti ngah sibuk menguruskan final xm .. aiyakk.. camne ni.. ija bergerak mulakann operasi dari pagi.. tak tau nak cerita..dari berjumpa penolong dekan,dekan,pejabat pentadbiran akademik,TNC.. pastu balik bilik buat surat rayuan semua.. hmm.. itu pun blum pasti rayuan ija diterima..

betul lah.. apa yg pensyarah ija ckp.. sebenarnya nak buat satu pilihan sahaja antara 2 pilihan yg diberikan adalah perkara plg susah ti tunyiee.. kalau kita ada manyak pilihan dan hanya perlu wat 1 pilihan sahaja mungkin ia lebih mudah. 2pilihan yg diberikan tetapi hanya satu saja perlu dipilih seumpama diluah mati mak ditelan mati bapak. betapa payahnya ija nak membuat keputusan ini. keputusan akan ija ketahui pada pagi keesokannya.. alhamdulillah permohonan berjaya..! tetapi ija masih dibelenggu dengan rasa sangsi..

ija xpernah terpikir ija akan mendapat peluang sebegini. yelah AF mempunyai tempatnya yang kukuh dan tersendiri. ija masih memikirkan hal ini..masuk af atau tidak. ija terpikir,bestnya kawan2 nanti dah graduate ija plak baru nak merangkak balik…

beberapa hari juga ija fikirkan perkara ni. menguakkan jendela,melurukan mata ke arah wilisnya tumbuhan,melemparkan pandangan ke lazuardi langit.. kenapa wujudnya “menuntut ilmu biar sampai ke negara china,gali lah ilmu sedalam2nya,mencari ilmu tiada had umurnya, ilmu itu tiada penghujungnya (macam perumpamaan sendiri jerkk.. :P)

saya tau bukan saya seorang sahaja yang mengalami situasi macam ini. kenapa wujudnya masyarakat yg bekerja kemudian sambung kembali belajar biarpun umur sudah mencecah 30 tahun ke atas? kerana mereka tahu betapa pentingnya ilmu dan dalam mencari ilmu itu tiada limit umur..

saya nak cerita sedikit…

dahulu saya minat sangat bidang kedoktoran sampai kat buku pun saya letak Prof. Dr. Nur Heliza Helmi. minat punya pasal. saya minat menjadi doktor dari kecil sehinggalah ke matriks,tetapi bukan rezeki saya untuk ke bidang itu,tak juga membawa maksud xboleh ke bidang kedoktoran.

jadi saya diterima masuk ke ums ke bahagian pendidikan walaupun saya tak pernah terfikir untuk masuk ke bidang itu kerana minat saya lebih ke arah lain. tetapi rezeki saya di sana. alhamdulillah semuanya lancar walaupun cabaran nya tetap ada. berjuta2 cabaran.

bidang nyanyian pula saya memang minat. tiba2 datang pula peluang sebegini. agak serabut juga kerana saya kalau boleh nak menumpukan pada pelajaran dahulu. . fikiran melayang2.. apakah yg dimaksudkan dengan peluang?adakah peluang itu sentiasa ada? adakah ija sanggup menangguhkan pengajian semata2 untuk memasuki af? Bingung2.

Akhirnya ija buat keputusan. Peluang ini dtg bukan selalu tambahan pula ija minat dalam bidang nyanyian. Ija ambil peluang untuk menyertai af sebagai satu cabang ilmu yang lain selain daripada itu,ija nak timba pengalaman walaupun bidang ini memang penuh onak cabarannya. Dan pelajaran ttp ija letak nombor satu, dan ija harap apabila ija sambung belajar nanti ija dapat cope semula study ija. Bercakap tentang apa yang ija leh wat sebelum masuk study. Memang betul hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Dan itu bukan jangka waktu yang panjang..pejam celik pejam celik ..tengok2 ija dah ada kat ums.

Ija kagum dengan pendapat anda semua,terima kasih ija ucapkan. Bagi ija sendiri,perkara ni boleh dibincangkan tetapi tidak semestinya ia terjadi. Sebagai contoh: saya MINAT kos kedoktoran tetapi bila mendapat tawaran,saya mendapat kos pendidikan walaupun MINAT saya cenderung ke arah lain. Saya MINAT bidang nyanyian,dan alhamdulillah rezeki saya mendapat peluang untuk memasuki af.

Sebenarnya adalah sangat beruntung sekiranya MINAT ,BAKAT dan PELUANG hadir sekali dalam satu PAKEJ .tapi xsemua yg akan mendapat pakej unik dan istimewa itu…

Bagaimana pula kalau tiada minat,tiada bakat tetapi ada peluang?setiap apa yang ingin kita lakukan haruslah diteliti dahulu. Seperti yg saya nyatakan sebelum ini,peluang merupakan jalan paling besar yang boleh membawa perjalanan kita ke arah yg lebih luas dan jauh.terpulang pada kita nak mencorakkan perjalanan itu dan bergantung juga kepada situasi.

Minat dan bakat boleh diasah dipupuk. Namun begitu, apa jua yg perkara mestilah ukur baju di badan sendiri. Lihat kemampuan sendiri. Kadang kala kita pikir kadang2 kemampuan kita takat itu sahaja walhal kemampuan kita sebenarnya lebih dari apa yg kita ketahui ..

Kenapa kita tak tahu?sebab tak explore,xyakin,xberani mencuba,dan xberani menghadapi risiko. Saya bukanlah nak kata saya brani dan yakin. Ttapi hnya mengutarakn pendapat sj.. bgaIManA pula kalau ada mlnat dan bakat tetapi tiada peluang?

‘D.U.I.T’.. Apa itu? doa usaha ikhtiar tawakal..(susunan maybe tak berapa tepat) jadi istilah duit ini boleh diguna pakai. Kita mungkin boleh cari alternatif lain untuk mencapai cita2 kita itu. Sekiranya tidak berjaya,cari inisiatif lain lagi. Sebab itu adalah istilah ‘Jangan Berputus Asa’ supaya kita sentiasa kuat hati minda dan fizikal dalam menggapai cita2.

Tentang bidang nyanyian,pengacaraan,teater,lakonan dsb nya ini saya lihat cabang ilmu dan pengalaman baru yg boleh ditimba. Saya tak kata saya akan terima apa jua peluang yg dtg juga tidak menidakkan tidak ingin mencuba bidang2 selain dari nyanyian(berapa bnyk tidak laaaa) kerana saya sendiri pun dah pergi ke bidang yang jauh dari bidang asal saya yakni education of science(chem n bio)…

Jadi tunggu dan lihat ..apa pun saya sentiasa memerlukan komen2 n nasihat anda sebagai perangsang saya untuk lebih improve. Saya adalah insan kerdil yang baru merangkak dan nak bertatih kemudian berjalan dan berlari.. Sekiranya saya jatuh,saya tau saya akan rasa sakit tapi saya akan bangun semula.. Anda semua pendorong ija!

- Heliza Helmi-

dipetik dari HELIZA’S DIARI

Share/Save/Bookmark

This entry was posted on Wednesday, August 15th, 2007 at 12:36 am and is filed under FC Ku. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Sebuah Catatan Heliza”

WaWa August 22nd, 2007 at 7:13 am

hurm.. best la pula baca catatan heliza kali ni. apapon, aku dah lama tak lepak sana. serabut ah, banyak sangat komen2. sampai beratus2. penat nak baca. pastu nak dtg balik dan tgk komen yg aku tinggalkan dulu, ye la mana tau ade org reply ke ape, susah pula nak cari.

kalo ko x paste catatn heliza kat sini, aku dah lupe kot ttg heliza.com tu. hahaha..

tp kalo ko berpeluang jumpa heliza, atau bercakap dlm fon dgn dia, ko ckp, slh seorg peminat terawal dia (cewah, poyo) pesan, jgn lupa pelajaran. hoho. dan semoga maju jaya. :)

firdee August 22nd, 2007 at 12:57 pm

wawa:
sbb tu saya paste kat sini catatan ija ni…sbb x semua yg masuk sana…xpe…nanti ada can saya cakap kat dia eh…ko mmg peminat ija yg terawal saya kenal… :D

Leave a Reply