Penampilan baru Siti Nurhaliza

Gambar: Kosmo! Online
BERTUDUNG. “Ini permulaan gaya saya bertudung,” begitulah tutur bicara penyanyi tersohor negara, Datin Seri Siti Nurhaliza (gambar) yang membuat penampilan pertama selepas kembali dari Mekah dua minggu lalu.
Mengenakan tudung berwarna hitam rekaan Bernard Chandran, Siti turut hadir bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa pada majlis sambutan hari lahir Chef Wan di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur malam tadi.
Ternyata hasrat ramai peminat yang mahu melihat penampilan baru Siti selepas kembali menunaikan haji menjadi kenyataan.
Kata penyanyi popular dengan lagu Ku Mahu, beliau mahu terus mengenakan gaya bertudung selepas ini termasuk penampilan pada Anugerah Juara Lagu 22 yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini.
Sumber: Kosmo! Online
Firdee: Kalau tutup rambut terus kan bagus…mcm gambar bawah ni…

This entry was posted on Monday, January 7th, 2008 at 5:07 pm and is filed under Keratan Akhbar. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




firdee January 9th, 2008 at 8:46 am
me2peco:
tu le pasal…moden sangat le konon…hampeh