Alhamdulillah

Alhamdulillah, ayah dah pon selamat sampai di rumah petang tadi selepas 2 hari duduk di hospital. Ahad lepas saya sekeluarga pergi ke Hospital Ampang Putri untuk hantar ayah sbb hari Isnin lepas ayah ada operation utk memasukkan tiub di dalam salah satu saluran darah ke jantung bagi membesarkan saluran yang dah nak tersumbat tu. Operation berjaya, tapi ayah dinasihatkan oleh doktor utk berehat selama 2 minggu sebelum ayah boleh bekerja seperti biasa. Kalau ikutkan esok ayah nak start kerja sbb dia ckp dia kena rasmikan sambutan hari pekerja di kawasan jagaannya tapi doktor dah warning awal². Semoga kesihatan ayah akan kembali sehat seperti sediakala.
Firdee: Kena buat sesuatu nih…
This entry was posted on Wednesday, April 30th, 2008 at 7:11 pm and is filed under Catatan Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




anak acik May 1st, 2008 at 4:14 am
maybe at uk more berkak because near with maccah.