Stacy Juara AF6

Pengumuman yang kebanyakan rakyat Malaysia & Brunei tunggu² selama sepuluh minggu dah pun diketahui. Menepati ramalan ramai, Stacy berjaya menjadi juara AF6 dan juga juara perempuan kedua Akademi Fantasia. Stacy memang berhak mendapatkan kemenangan itu. Nampaknya cita² Stacy untuk membatu keluarga selepas ni pasti akan tercapai. Tahniah ya Stacy!!!
Dalam masa yang sama saya hampa juga lah sebab Nadia hanya berjaya menduduki tempat ke 5. Kalau dilihat dari kedudukan nadia semalam melalui AFRANK saya sangkakan dapat lah Nadia paling kurang pun tempat ke 3. Tapi bila dilihat pula carta yang disiarkan semasa konsert semalam nampak seperti mustahil untuk Nadia naik mendadak dalam masa yang sedikit. Apa yang saya harapkan agar rezeki Nadia akan lebih murah selepas dia keluar dari akademi ni. Nadia pun doakan lah supaya rezeki peminat² yang telah berhempas pulas mengundi Nadia murah rezeki juga
.
Carta pilihan Firdee mengikut persembahan konsert akhir:
1) Stacy
2) Nadia
3) Riz
4) Nubhan
5) Toi
Carta Akhir AF6:
1) Stacy
2) Riz
3) Nubhan
4) Toi
5) Nadia
Firdee: Pasti ramai peminat² AF lepas ni yang garu kepala nak bayar bil telefon
This entry was posted on Sunday, May 25th, 2008 at 1:09 am and is filed under Akademi Fantasia, Peristiwa. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




firdee May 27th, 2008 at 2:51 pm
me2acai:
tu la…dah start pompuan kuasai AF…