Semalam dekorasi rumah saya ni saya ubah sekali lagi sebab tema yang sebelum ni dah lama juga saya gunakan. Bila masuk ke rumah Jai tempoh hari saya terus terpikat dengan tema baru yang dia buat. Tema ni begitu simple dan sejuk mata memandang. Harap² tema ni tiada masalah dan senang untuk pengunjung rumah saya ni melawat² rumah saya ni. Thanks Jai for the nice & free theme.
Ahad lepas kami sekeluarga balik ke kampung ayah untuk menjenguk uwo di sana. Dah lama saya tak balik ke sana. Ayah dengan emak je yang biasanya sebulan sekali balik sebab adik² ada kelas tambahan setiap sabtu & ahad. Jadi, saya kena lah tinggal dirumah untuk menghantar dan menjemput diorang. Lepas ni tak tahu lah bila saya akan balik ke kampung lagi. Adik² dah nak periksa (PMR & UPSR) so tak boleh lah nak ponteng kelas tambahan selalu
. Dah lama tak balik banyak yang dah berubah kat kampung. Paya depan rumah pon dah takde. Makin luas lah jalan nak masuk ke rumah nenek. Uwo pon nampak makin sehat dan doa saya moga kesihatan dia semakin membaik dari hari ke hari.
Firdee: Untuk apak sekeluarga, gambar² terbaru uwo akan diupload dlm masa terdekat. Selalu² lah jenguk photopages ye.

Baru sebentar tadi debaran sudah reda setelah terjawabnya siapa yang akan menjejakkan kaki ke pentas akhir Akademi Fantasia musim ke 6 minggu hadapan. Seperti jangkaan, calon kesukaan ramai iaitu Nadia, Riz, Nubhan & Stacy mara ke final AF6. Calon yang dijangka (saya jangka la) akan terkeluar iaitu Toi berjaya juga ke final AF6. Calon yang memang dah lama saya tunggu utk mengusung beg keluar AF dah pon terkeluar minggu ni. Tahniah untuk yang berjaya dan untuk yang kurang berjaya cuba lagi.
Firdee: Redah Jer!!!

Terbuka kepada semua peserta amatur yang berminat…
termasuk selebriti, FC, syarikat/organisasi, persatuan, warga IPT & famili.
Jom rapatkan silaturrahim sesama kita tanpa mengira usia, status & latarbelakang.
Tempat terhad. Daftar sekarang!
-
Satu pasukan terdiri daripada 4 peserta.
-
Penyertaan adalah berdasarkan kepada ‘siapa cepat dia dapat’.
-
Yuran penyertaan: RM150 setiap pasukan.
-
Bayaran hendaklah di buat sebelum atau pada 1 JUN 2008 ke Maybank Account no. 114012140800 (SUHAILA ASMUNI).
-
Slip bayaran boleh diemail ke
ajememang@yahoo.comAlamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya atau
she2sha@yahoo.comAlamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya
-
Hadiah untuk pasukan terbaik, pemain terbaik lelaki dan wanita serta Raja/Ratu Longkang.
-
Kesemua peserta perlu mendaftar sebagai ahli Mykad Loyalty Point semasa sesi pendaftaran dijalankan (tiada caj tambahan dikenakan).
-
3 games + goodie bag untuk setiap peserta.
-
Makanan disediakan.
Untuk keterangan lanjut dan pengesahan penyertaan, sila hubungi:
SHE 012-2726042 atau KECU 019-6932488
Segala kerjasama dari anda amatlah kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih… Bereeh!!! Untuk maklumat lanjut sila ke HelizaBereh.Com.

Baru dua hari lepas Mak sambut Hari Ibu tapi hari ni hari yang biasanya setiap insan akan nantikan iaitu HARI LAHIR Mak dah pon sampai. Dah masuk 44 tahun umur Mak. Apa yang abang harapkan di hari lahir Mak ni agar Allah murahkan rezeki Mak, panjangkan umur Mak dan Mak diberikan kesihatan yang baik supaya Mak dapat melihat anak² Mak ni berjaya dalam membina hidup sendiri suatu hari nanti. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 44 MAK. Kau sentiasa menjadi ratu hatiku. May Allah bless you alwayz.
Lagu khas utk Mak:
Firdee: Nak kasi hadiah ape eh?