Ingin Membuat Duit Dengan Membaca Iklan?
Powered by MaxBlogPress  

Kenapa Tak Kawen?

Kebiasaannya bila seseorang lelaki itu memasuki umur lingkungan 25 ke 27 tahun famili dan sanak saudara pasti akan sentiasa bertanya dan mengatakan soal kahwin. Mana taknye, kawan-kawan dan sepupu sepapat yang sebaya dan ada yang jauh lebih muda dari kita ramai yang dah kahwin dan ada yang dah ada anak pun. Pertanyaan yang biasa kita dengar ialah “ko ni bila nak kawen?”. Semua ni saya dah alami sejak setahun yang lalu. Kadang-kadang rasa boring pun ada. Bila balik kampung aje soalan yang sama. Macam fobia pula nak balik kampung. Apa yang saya boleh buat senyum aje la.

Sebenarnya siapa yang taknak kahwin ni. Ye tak? Nabi Muhammad S.A.W. sendiri suruh kita kahwin supaya boleh meramaikan lagi umat Islam di muka bumi ini dan dalam masa yang sama dapat mengelakkan diri kita dari terus melakukan dosa tak kira kecil atau besar. Tapi bagi saya banyak faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk membuat keputusan untuk tidak mengakhiri zaman bujang mereka. Antaranya ialah:

1. Tiada calon lagi.
Haa… Kalau calon pun takde lagi macam mana la nak kawen. Sah-sah lah calon untuk dijadikan isteri takde kan. Mungkin kehidupan yang super duper sibuk nak mencari duit lebih membuatkan seseorang itu tiada masa untuk mencari calon. Mungkin juga sifat lelaki zaman sekarang ni yang pemalu/segan untuk memikat juga adalah faktornya.

2. Belum cukup bajet untuk kahwin.
Sekarang ni harga minyak kan makin naik. So, harga benda lain pun automatik naik juga. Nak kahwin pun kena ada bajet yang banyak. Mana nak guna untuk hantaran lagi, kenduri lagi, kad jemputan dll. Hantaran sekarang ni paling koman RM10,000 dah pasti. Bagi saya sebelum seseorang tu kahwin kena lah siapkan bajet untuk sebelum dan selepas kahwin. Senang cerita kewangan kena kukuh lah.

3. Pengaruh orang lain/ persekitaran
Bagi saya pengaruh orang lain/ persekitaran juga main peranan dalam seseorang tu membuat keputusan untuk kahwin atau tidak. Bagi seseorang yang hidupnya dikelilingi oleh mereka yang bermasalah dalam perkahwinan, ini mungkin akan membuatkan seseorang itu makin takut/lambat untuk berkahwin. Mungkin dia takut jika perkahwinan dia juga bakal bermasalah seperti yang pernah dilihatnya.

Saya sendiri sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin. Walaupun nenek & pakcik-pakcik kat kampung ada yang nak tolong cari calon tapi saya rasa nanti dulu lah. Mana taknya, duit pun takde macam mana nak kahwin. Saya nak pastikan kalau saya nak kahwin saya dah bersedia dari segala sudut. Seperti yang saya pernah cakap kat Syam, mungin 10 tahun lagi :D .

Share/Save/Bookmark

This entry was posted on Monday, June 30th, 2008 at 10:54 pm and is filed under Sembang-sembang. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Kenapa Tak Kawen?”

syam July 1st, 2008 at 4:12 pm

aku juga mengalami maslah seperti kau. paling sadis, kerana aku menolak calon pilihan nenek aku, sampai sekarang nenek aku merajuk dgn aku. aduhai…

Firdee July 1st, 2008 at 4:30 pm

me2syam:
susah juga ya…seb baik nenek saya takde la serius sangat lagi mcm nenek ko…kalo tak letih jugak tu…sampai merajuk…

@s@mz July 2nd, 2008 at 1:53 am

bro…yg bestnye…semua tu alasan je…hehe…btw..samola kita…

firdee July 2nd, 2008 at 8:30 am

me2asamz:
huhuhu…alasan utk kawen lambat…hahaha…

chot July 2nd, 2008 at 12:00 pm

aku sudah ada pilihan org tua..ikutkan saja…hehe

firdee July 2nd, 2008 at 12:36 pm

me2chot:
stuju gak ngan ko chot…mak ayah kita pasti nak cari yg terbaik utk anaknya… :D …bila nak langsungnye chot?

ak_minah_sengal November 6th, 2008 at 1:08 pm

kawen?

ak_minah_sengal November 6th, 2008 at 1:11 pm

bile sbt pasai kawen jek…muka ak akn jad ketat….bkn x suka….suka sgt…tp nk kawen dgn sape?bercinta2..alik2 ptus…..bes cm ne nk kawen?kdg2 tkot gak ak d btnya….umur dah 24…tp calon???? yilekkk…adoii…sakit2…makkkkkkkk ak mau kawennn….ahaks…huhu..sedeynye..

firdee November 6th, 2008 at 7:03 pm

me2minah sengal:
huhuhu…ko tunggu je…ade la tu nanti org masuk meminang…pompuan xde hal kot sbb laki yg cari… :)
Entry terkini firdee: Aku Cinta Padamu

ak_minah_sengal November 13th, 2008 at 5:18 pm

x de hal ko kata???ak x taw llaki skunk spesis apa..sume nye kk curang…!!huh..alamaknye x kawen la ak…

firdee November 14th, 2008 at 7:06 am

me2minah:
x semua minah…pompuan pon ada juga mcm tu…kan… :)

ak_minah_sengal November 14th, 2008 at 12:34 pm

tuh pompuan len…mcm ak ni lain..mcm unfair tau x…pompuan yg mcm tuh dpt laks calon tok kawen..tp ak yg x nah keciwakan laki..x jmpa2….nk kata rupa x de…ade gaks manis ak nih…smlm mak ak bising lg..huhu..bile nk kawen..tkot ak jad andartuuuuuuuu…rrrrrrrggghhh…tensen ak cam nih…member2 duk buat pedih ati….duk bertanya perihal “nac minyak” ak….tensen ak bila msk bab kawen nih…..kdg2..ase gaks nk de yg syg kat ak…bukan x de calon…kawan2 tuh de…tp x mmnuhi hati ak…. :p

firdee November 14th, 2008 at 4:21 pm

me2minah:
adoiyai…ketidak adilan mmg lumrah la dalam hidup ni…mcm ko ckp…membe laki ramai kan…so…jgn terlalu memilih…kita manusia ni sama aje…mana ada manusia yang sempurna…setiap org ada kelebihan dan kekurangan…mungkin kekurangan yang ko nampak kat membe² laki yg x memenuhi hati ko tu dapat diseimbangkan dengan kelebihan ko dan sama juga sebaliknya…

Entry terkini firdee: Gelagat Burung #2

ak_minah_sengal November 15th, 2008 at 12:17 pm

ok…mmg ak akui kta2 ko tu ade yg 1/2 betul…tp cinta ni ssh tok d mgerti tau……almolst every morning when i cll my mom, she always asking me da sme question….i dnt knw which da crrect answer given to her….ko x pe bro..ko laki..ak x mau jad andartu bro….ak x nk idop sorang diri tua nnt…huahuahua…….. =(

Leave a Reply