Cash 88??? Click here 2 discover.
Powered by MaxBlogPress  

Dah Lama Tak…

1) Tengok Wayang
Memang dah lama saya tak jejak kaki ke panggung. Last sekali cerita yang saya tengok di panggung wayang ialah cerita 50 First Date. Tu pon 4 tahun lepas masa saya belajar di KL. Selama setahun belajar di KL saya pernah keluar ke town pon 2 kali je. Mana tak nya, nak keluar je nak kena keluar duit untuk transport. Tu yang termalas nak keluar :D .

2) Mandi Manda di Pantai/ Sungai
Ni pon dah lama. Last sekali masa darjah enam. Dulu sekolah rendah memang rajin mandi laut sebab rumah dekat ya amat dengan laut. Tapi bila dah masuk peringkat menengah, nafsu nak mandi manda di laut/ sungai ni dah kendur. Bila pergi piknik dengan famili pon saya takkan jejak kaki ke dalam air. Saya lebih suka jadi pemerhati bebas je :P .

3) Makan Durian
Saya dah tak makan durian sejak saya tingkatan satu. Sebenarnya ada kisah disebalik kenapa saya tak makan durian ni. Semuanya gara-gara selepas saya muntah dalam bas selepas makan berulas-ulas durian sebelum balik ke asrama 13 tahun yang lalu. Nasib baiklah masa dalam bas tu pakcik saya ada duduk di sebelah dan dia terus capai bajunya di dalam beg dan diberikan kepada saya untuk dijadikan “beg muntah”. Ye lah, dalam bas bukan macam dalam kapal terbang ada beg khas untuk kita muntah :P .

Share/Save/Bookmark

This entry was posted on Thursday, July 17th, 2008 at 9:02 pm and is filed under Ape² Aje, Kenangan Lalu. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Dah Lama Tak…”

riezQ July 18th, 2008 at 8:48 am

salam..ye gak kan..dah banyak bende yang lama dah tak dibuat,tetpi bila difikirkan..seronok la benda lama yang kita tak buat..sebagi contoh diatas SAYA JUGA DAH LAMA TAK MANDI SUNGAI/LAUT…uii..memang lama saya tinggalkan semenjak ada insident yang menyedihkan terjadi diantara saya dan kawan sekolah rendah dahulu…last sekali mandi sungai masa darjah 4..masa tu mandi2 dengan kawan2 seramai 5 org..tengah syok mandi tetiba sorang hilang…kawan saya lemas tanpa disedari kami yang sedang seronok mandi…dia dijumapi di hulu sungai…bila ingat semula sebak hati dan dada teringatkan ALLAHYARHAM RAHIM kawan sekolah dulu..semoga roh beliau dicucri rahmat..AL-FATIHAH…

Entry terkini riezQ: BERKERJA DENGAN KEMENTERIAN TENAGA AIR DAN KOMUNIKASI (KTAK)

firdee July 18th, 2008 at 9:07 am

me2ede:
innalillah…semoga roh kawan ede tu dicucuri rahmat…Al-fatihah…

kalo nak ikutkan banyak lagi benda yang saya dah lama tak buat…tapi 3 yg diatas ni yg paling lama la dan sebenarnya terfikir gak sampai bila saya akan tak buat benda³ kat atas ni :)

Mohd Ismail July 18th, 2008 at 10:12 pm

tgk wayang - Jumper (2008)

manda manda sungai/pantai - langkawi (2008)

makan durian - 2006.. skang xleh tahan da bau dia.. ha ha *berlagak tul aku*

firdee July 18th, 2008 at 10:16 pm

me2mail:
huhuhu…saya bau durian xde hal…cuma xde nafsu pon nak makan bila famili tgh dok makan durian depan saya…nafsu nak tgk ada la…huhuhu

KNizam July 19th, 2008 at 12:31 am

tengok awayng….bila ntah last sekali. LOTR kot. eh silap Transformers la. hehe :)

firdee July 19th, 2008 at 8:41 am

me2knizam:
saya masa dok kuantan dulu tetiap minggu tgk wayang…tp skrg dah jauh dgn panggung ni xde la dah…

Leave a Reply