Opera Mini: Mobile Web Browser

Sejak akhir-akhir ni saya asyik dengar penyampai-penyampai Era dok promote Opera Mini Browser untuk kita gunakan di hanphone kita. So pagi tadi saya pon try la kat PDA ayah saya sebab selama ni dia guna IE yang memang dah ada dalam PDA dia tu. Fail dia pon tak besar pon cuma dalam 122 kb je dan laju gak lah nak di download. Banyak versi bahasa yang kita boleh pilih dan saya pilih versi bahasa melayu sebab nak install versi inggeris tak lepas la pulak. Bila siap install saya run browser ni dan page yang mula-mula keluar adalah page dimana segala bookmark dan history kita browse dipaparkan. Untuk versi bahasa melayu ni dia dah siap bookmark laman Utusan Malaysia dan Harakahdaily. Saya try buka harakahdaily dan page seperti gambar diatas tu yang terpapar. Wah! Tak payah saya nak scroll macam saya guna IE dulu sebab satu laman akan dipapar terus cuma saiznya sahaja yang kecil. So, kalau kita nak baca dengan jelas kita klik je sekali (mmg ada cursor seperti cursor mouse komputer kita) di mana-mana tempat yang kita nak baca dan kita leh baca mcm kita surf di komputer biasa. Kool! ![]()
This entry was posted on Sunday, July 27th, 2008 at 11:52 pm and is filed under Catatan Harian, Internet, info. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




KNizam July 27th, 2008 at 11:59 pm
baru je nak cuba. hehe