Sepagi di PC Fair 08

Ahad lepas saya berjaya juga bawa satu famili ke PC Fair di Mentakab. Walaupun saya tau tak banyak pilihan di sana tetapi saje je gi sana untuk jalan-jalan cuci mata dengan pelbagai barangan komputer. PC Fair kali ni saya berjaya membeli 2 jenis barang yang pada mulanya tak terfikir pun nak beli sebenarnya :P .

1) Kaspersky Internet Security 2009

Dalam seumur hidup ni lah software original pertama yang saya beli. Huhuhu… Harga pon rasanya tak mahal sangat dalam RM90 (lesen setahun untuk 3 PC). Dekat rumah ada 3 PC so molek sangat lah. Sampai rumah saya terus install dalam laptop ayah yang banyak menternak virus. Keputusannya memang memuaskan. Segala spyware, trojan dan worm semua dapat dihapuskan dengan bersih. Tak payah saya nak format balik :D .

2) DV Genius 525 Digital Video Camcorder

Ok lah pocket DV ni. Nak beli yang berjenama bajet tak mari so sambar yang ni aje. Harga dalam RM300++. Dapat free tripod dan bluetooth headset. Kalau nak lihat spesifikasi pocket DV ni boleh lah ke sini. So raya tahun ni boleh lah saya merakam pelbagai gelagat manusia :D .

Firdee: Pada mulanya nawaitu ke PC Fair ni nak beli printer laserjet tapi takde la pulak dijual kat PC Fair Mentakab ni.

2 Responses to “Sepagi di PC Fair 08 on “Sepagi di PC Fair 08”

Hi, Stranger! Leave Your Comment...

Name (required)
Email (required)
Website
 

Blog Widget by LinkWithin