Perak Untuk Lee Chong Wei

Dah hapir 26 tahun saya hidup kat muka bumi ni dan semalam saya lakar sejarah untuk diri ini sebab saya menonton game antara Lee Chong Wei dan Lin Dan dari mula sampai habis. Huhuhu :P . Biasanya saya tak layan sangat game batminton ni tapi semalam entah kenapa ada macam satu semangat nak tgk Malaysia dapat emas pertama di sukan Olimpik.

Pusingan pertama lagi saya dah nampak yang Lee Chong Wei agak gementar dan kelihatan sedikit kalut permainannya. Mula-mula ingatkan dapat la dia nak kejar mata Lin Dan tapi nampaknya hampa sebab banyak kecuaian yang Chong wei buat dan Lin Dan dapat mata free² je. Aduh… Pusingan ni Lin Dan berjaya mengalahkan Chong Wei 21-12.

Masuk pusingan kedua saya masih berharap Chong Wei dapat kalahkan Lin Dan supaya dapatlah masuk ke pusingan ketiga. Tapi kali ni lagi kurang menarik rentak permainan Chong Wei. Dia nampak semakin tertekan dan perlahan manakala Lin Dan pula semakin yakin dan pantas. Lin Dan seperti dapat membaca yang Chong Wei lemah bila serangan dibuat di hadapan jaring. Pusingan ni Lin Dan berjaya lagi dengan mata 21-8 dan terus memberi kemenangan mutlak kepadanya untuk merangkul emas.

Apa-apa pun, tabik juga buat Chong Wei kerana berjaya membawa nama Malaysia sehingga ke peringkat akhir. Balik ke Malaysia nanti dapat lah dia RM300 000 yang dah dijanjikan kerajaan tu. Tahniah buat Lee Chong Wei.

Kredit Gambar: www.swissopen.com

This entry was posted in CATATANKU, PERISTIWA, SUKAN. Bookmark the permalink.

4 Responses to Perak Untuk Lee Chong Wei

  1. iEn says:

    lin dan main laju sgt.. sian chong wei nak terkejorr

    [Balas komen ini]

  2. firdee
    Twit ID: @
    says:

    me2ien:
    tu la…memang laju la dia main…lagi² bila dia dapat bola dekat dengan net…memang nampak chong wei tertekan semalam…

    [Balas komen ini]

  3. grace says:

    wish you have a nice day

    [Balas komen ini]

  4. grace says:

    dia sangat kacak juga!

    [Balas komen ini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>