Hijab Sang Pencinta
Akhirnya novel terbaru Ramlee Awang Murshid akan menemui peminat-peminatnya pada 31 Ogos ini. Saya pun baru dapat tahu berkenaan perkara ini bila menonton pelancaran novel trilogi ini di TV3 pagi tadi. Tak sabar rasanya untuk mendapatkan novel ini. Jom layan trailer novel HIJAB SANG PENCINTA.
Sinopsis:
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.
This entry was posted on Thursday, August 21st, 2008 at 7:47 am and is filed under Catatan Harian, Hebahan, info, novel. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




firdee August 30th, 2008 at 7:25 am
me2ecah:
ye ke…adoiyai…ingatkan 31 ogos baru keluar…