Selamat Berpuasa

Memang pantas masa berlalu dan sedar atau tidak sudah setahun berlalu kerana kini bulan yang mulia bulan Ramadhan kembali menemui kita. Alhamdulillah kerana diberikan peluang oleh Allah untuk saya bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Kesempatan ini juga ingin saya gunakan untuk memohon maaf kepada semua rakan-rakan yang saya kenali. Maaf jika selama setahun yang lepas ini saya ada membuat apa-apa kesalahan yang saya sendiri saya tidak sedari. Semoga puasa kita tahun ini akan diterima dan diberkati-Nya.
Sedikit info untuk dikongsi bersama:
SEMBAHYANG TARAWIKH

Lafaz niat: Sahaja aku sembahyah sunat tarawikh 2 rakaat (imaman/makmuman) kerana Allah Taala.
1. Hukum Sembahyang Tarawih:
- Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
- Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
2. Waktu Sembahyang Tarawih:
- Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Isya’.
3. Rakaat Sembahyang Tarawih: Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan :
- sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
- Pada zaman Rasulullah S.A.W. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
- Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang- orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
- Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
Download info penuh Ramadhan di SINI.
This entry was posted on Saturday, August 30th, 2008 at 12:14 am and is filed under Berpesan-pesan, Catatan Harian, Hebahan, Peristiwa, info. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.




firdee August 31st, 2008 at 5:41 pm
me2knizam:
selamat berouasa juga