
Hari ini adalah hari yang saya nanti-nantikan kerana keputusan bagi pilihanraya kecil ini bakal membuat satu perubahan kepada pentadbiran negara Malaysia yang kucintai ini. Keputusan hanya akan dapat diperolehi pada malam ini setelah ke semua 58,459 pengundi di Permatang Pauh turun mengundi. Apakah setelah pengakuan Imam Ramlang Porigi nasib akan lebih kuat menyebelahi Dato Seri Anwar Ibrahim? Semuanya akan terjawab malam ini. Harapan saya adalah apa jua keputusan yang akan diumumkan dan siapa juga yang akan menang pada malam ini akan membawa satu perubahan yang lebih baik kepada kami rakyat jelata ini.
Akhirnya novel terbaru Ramlee Awang Murshid akan menemui peminat-peminatnya pada 31 Ogos ini. Saya pun baru dapat tahu berkenaan perkara ini bila menonton pelancaran novel trilogi ini di TV3 pagi tadi. Tak sabar rasanya untuk mendapatkan novel ini. Jom layan trailer novel HIJAB SANG PENCINTA.
Sinopsis:
RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.
Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.
Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.
Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.

“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang memiliki agama, nescaya sejahteralah hidupnya”
Dua hari lagi sepupu saya dah pon nak bertunang dengan kekasih hatinya. Memang kebiasaan orang yang stadi jauh dari Malaysia ni bertunang dahulu sebab ramai rakan dan kenalan yang berbuat begitu. Wah! Tak sangka masa cepat benar berlalu. Rasanya seperti baru sahaja kami main-main masa kecil dahulu. Sekarang dah nak bertunang pon si Zainol ni. Apa-apa pun saya nak ucapkan Selamat Bertunang kepada sepupuku Zainol dan pasangannya Anis. Semoga jodoh kalian akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Jagalah hubungan kalian itu baik-baik kerana bila korang berdua memasuki alam pertunangan ni orang kata “darah manis”. Banyak dugaanya. Banyakkan bersabar dalam apa jua yang korang hadapi. Saya pun tak pasti benar kerana saya sendiri belum lagi bertunang. Hahaha :p . May Allah bless u two. Amin…
Firdee: Perasan tak tarikh hari ini sangat cantik dan unik, 20082008
.
Setiap kali ada perayaan pasti iklan Petronas yang saya akan nantikan. Iklan² mereka memang menarik dan seronok untuk ditonton. Jom Layan
.
Firdee: Part Aiman tanya tentang nak sambung pelajaran yg paling touching sekali. Aduh… Harap saya juga dapat buat sesuatu utk ayah saya kelak.