Balik Kampung

Sekejap lagi kami sefamili akan bertolak balik ke kampung untuk menyambut hari raya di sana. Jadi, blog ni akan sunyi buat beberapa hari kerana tiada sambungan internet di kampung. Moga jumpa lagi. Oo oo oo balik kampung…

Salam Aidilfitri 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua rakan² yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung. Maaf saya pinta jika ada diantara kalian yang ada tersinggung dan terasa dengan segala entry² yang pernah saya coretkan di sini. Saya hanyalah manusia biasa yang sentiasa membuat kesilapan.

Kepada saudara mara ku yang berada di perantauan iaitu Apak Rofdzi sekeluarga dan Zainol, minta maaf juga jika ada salah dan silap. Tahun ni tak dapatlah kita beraya seperti tahun lepas ye. Moga kalian baik-baik aja di sana. InsyaAllah akan saya upload gambar-gambar raya kami dikampung nanti. Tunggu ya ;D.

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Majlis Berbuka Puasa ITS (Team Pahang)

Semalam untuk kali kedua sejak saya bekerja dengan IT Services saya dapat join team Pahang untuk berbuka puasa. Kami start dengan meeting pada jam 4.30 petang. Kalau tahun lepas En. Rosli dengan En. Zul aje yang datang tapi tahun ni ada perubahan sikit. Our boss En. Rosli dah pasti kena datang dan ditambah dengan kehadiran dua orang PM syarikat iaitu En. Khabil dan En. Hariri.


Antara makanan yang menanti untuk dimakan


Makanan yang berjaya menambat hati saya semalam

Masjid Al-Istiqlal: Masjid Ke 3 Terbesar Di Dunia

Klik SINI untuk melihat video masjid ini di Youtube.

Firdee: MasyaAllah… Besar betul masjid ni. Penuh setiap tingkat diisi oleh manusia yang sedang bersembahyang.

Blog Widget by LinkWithin