
Bulan ni sehingga bulan hadapan adalah bulan yang paling sibuk untuk saya. Hari ini Rompin, esok ke Pekan dan banyak lagi tempat di Pahang ni akan saya redah. Memang keletihan melanda lah sampaikan tengah pandu kereta pun saya boleh tertidur dan hampir nak langgar kereta di hadapan. Gila! Nasib baik lah tersedar cepat kalau tak hanya Allah yang tahu apa akan jadi.
Minggu ni saya rasa sedikit sentap sebab tak dapat nak pergi ke sekolah Asyraaf untuk lihat dia ambil keputusan USPR nya. Ayah pun tak dapat nak kesana kerana ada temujanji penting dengan doktor di Ampang Putri. Nasib baik ada emak yang boleh temankan Asyraaf ke sekolah.
Alhamdulillah, walaupun tak dapat 5A tapi Asyraaf dapat 3A2B. Mungkin tak sehebat saudara-mara kami yang lain tapi saya tetap berbangga dengan adik saya yang seorang ni sebab dia menunjukkan peningkatan dalam pelajarannya dalam jangka masa genting (beberapa bulan lagi nak USPR). Harap-harap sekolah berasrama yang dia minta tu ada lah tersangkut salah satu
.
Firdee: Ayah dah janji kalau adik dapat 5A hadiahnya Sony PSP. Nampaknya hampa la Asyraaf
. Apa-apa pun tahniah dari abang
.