Archive for March, 2009

Akademi Fantasia 7: Apa Yang Tak Kena?

Posted on the March 29th, 2009 under AKADEMI FANTASIA,CATATANKU by Firdee

Tahun ini buat pertama kalinya sejak 6 tahun saya menjadi pemilik dekoder Astro, saya tidak lagi “demam” bila menjelangnya musim baru Akademi Fantasia. Biasanya seminggu sebelum menjelangnya diari AF yang pertama saya sudah mempunyai pelajar kegemaran seperti Farah Diana & Bob AF2, Salima AF4, Heliza AF5 & Nadia AF6. Tapi, tahun ni pelajar AF7 tidak dapat menarik perhatian saya dengan bakat dan pakej yang ada pada diri masing-masing untuk saya meminati sekaligus menjadi pengundi mereka. Jika sebelum ini saya pasti akan rasa tidak lengkap jika tidak menonton diari AF setiap malam tetapi tahun ini saya boleh lagi ke gerai jalan-jalan cari makan. Konsert ke 3 malam tadi pun saya tidak menonton sangat sebab jam 9.30 malam saya sedang menikmati mee goreng mamak ayam di Restoran Mamak Old Town. Sangat syok =) .

Ps: Malam tadi sempat juga saya join penduduk dunia bergelap di rumah dalam satu jam bagi menyokong Earth Hour 2009. Klik sini untuk tonton sambutan Earth Hour 2009 di Malaysia.

Novel Terbaru Ramlee Awang Murshid: MIKHAIL

Posted on the March 20th, 2009 under HEBAH,IKLAN,INFO,KELAB PEMINAT,NOVEL by Firdee

Kepada semua RAMians, buah tangan terbaru hasil garapan penulis kesayangan kita telah berada di pasaran. Jom dapatkannya segera di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Sinopsis:

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

(Photoblog) Senja

Posted on the March 19th, 2009 under FHOTO by Firdee

Ps: Jom usya Firdee’s Fhotoblog =)

Ramlee Awang Murshid @ Pesta Buku Sabah

Posted on the March 16th, 2009 under HEBAH,IKLAN,INFO,KELAB PEMINAT,NOVEL,PERISTIWA by Firdee

Kepada peminat karya Novelis Thriller No. 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid yang berada di Sabah khasnya. Jangan lepaskan peluang untuk bersua muka dan beramah mesra dengan novelis kesayangan anda ini di Pesta Buku Sabah pada 20-23 Mac 2009. Khabarnya Ramlee Awang Murshid akan ada di gerai Alaf 21 setiap hari selama pesta buku ini berlangsung. Jadi Sabahan, temui Ramlee Awang Murshid di sana. Klik SINI untuk lebih info.