Sudah hampir dua minggu mereka bertiga menghidap cirit-birit. Bukan tidak dibawa bertemu yang pakar tetapi keadaan masih sama. Ubat cacing sudah, ubat sakit perut pun sudah tetapi masih dengan masalah yang sama. Hati saya begitu sedih melihat keadaan mereka bertiga yang semakin hari semakin kurus. Bila melihat gambar mereka di hari pertama saya ambil (gambar atas) terasa diri ini sangat bersalah kerana terasa seperti tidak dapat menjaga mereka dengan baik.
Saya semakin buntu kerana sepertinya mereka tidak sakit jika dilihat cara pemakanan yang sangat berselera. Tapi, semakin mereka berselera semakin banyak juga lah mereka akan buang. Semuanya cair belaka. Esok akan saya bawa ke klinik semula untuk meminta pandangan dan nasihat bagi masalah ini. Apa yang saya harapkan adalah supaya mereka bertiga kembali sihat dan gemuk seperti dulu dan boleh lah saya dakap setiap hari kerana sejak mereka sakit saya akan cuba menjauhkan kaki saya (mereka suka menggesel-geselkan badan) kerana tidak mahu terpalit bekas bahan buangan mereka di pakaian. Mungkin mereka juga berasa sedih kerana dipinggirkan tidak dibelai seperti sebelumnya.
Ps: Abang sayang kamu bertiga. Cepatlah sihat supaya kita boleh bermain-main semula.
Setiap pagi mesti ayah akan bising dengan emak. Dia cakap setiap pagi keluar kr dari pintu rumah terus bau busuk terjah ke hidungnya. Mana tak busuk, dulu mula-mula 1 lepas tu 2 sekarang dah 7. Huhuhu… Sabar aje lah kan ayah =)
Blog komik ini saya ketemu ketika melompat-lompat ke blog rakan-rakan awal bulan ini. Tapi, saya tidak pasti dari blog siapa saya dapat tahu tentang blog komik ini. Blog yang saya maksudkan ialah blog www.akiraceo.com Miao & WafuPafu Comic Blog.
Mula-mula saya masuk ke blog komik ini saya sudah terpikat dengan watak utamanya iaitu Miao si kucing comel dan WafuPafu (Wafu & Pafu) si hamster kiut. Memang sungguh comel watak-watak utama ini. Kebetulan saya memang seorang peminat tegar kucing =) . Rekaan tema untuk blog komik ini juga sangat simple dan menarik. Pada mulanya saya tidak bajet yang blog komik ini milik anak Malaysia tetapi semakin saya baca setiap entri yang dipublish saya terperasan yang ada terselit bahasa melayu pasar. Saya terus ke bahagian about dan sah lah memang pelukis dan pemilik blog komik ini orang Malaysia (Kuching, Sarawak). Namanya Jian Goh dan menggunakan nick name Akiraceo. Pemilik laman juga menyediakan ruangan download untuk pengunjung memuat turun wallpaper dan ikon percuma. Memang hasil kerja Akiraceo ni semua menarik. Sebelum berpindah ke www.akiraceo.com blog komik ini menggunakan blogspot di alamat akiraceo.blogspot.com dan entri-entri lama masih ada dan boleh di baca di sana.
So, kepada peminat komik dan kucing boleh lah ke sana untuk membaca pelbagai cerita harian yang telah diterjemahkan melalui lukisan komik yang sangat kelakar dan comel =) .
Saya mula tahu pasal lagu ini ketika dunia sedang kecoh mengenai boikot Israel. Saya tak tahu pon pada mulanya penyanyinya siapa dan tercari-cari juga di internet mengenai penyanyi lagu ini. Bila terjumpa link untuk download lagu ini baru saya tahu lagu ini dinyanyikan oleh Michael Heart. Liriknya memang mempunyai maksud yang mendalam dan bila saya dengar dan fahami memang tersentuh juga hati ini mengenangkan kesengsaraan umat Islam di Gaza berjuang untuk hidup dalam keadaan aman seperti kita.
Anak-anak di sana begitu susah untuk mendapat kasih sayang ibu bapa kerana kebanyakan daripada mereka dari kecil lagi sudah menjadi anak yatim piatu tetapi kita di Malaysia ini ada segelintir anak-anak yang tidak tahu menghargai ibu bapa masing-masing bahkan ada yang sentiasa menyakiti hati dan perasaan mereka. Tidak kah mereka tahu menyakiti perasaan itu ibarat membunuh mereka perlahan-lahan?. Jika setiap hari perasaan ibu bapa dipermainkan dan fikiran mereka dirunsingkan dengan pelbagai masalah yang dilakukan oleh anak-anak penyakit juga senang hinggap di tubuh badan mereka dan secara logik akal manusia umur mereka juga akan semakin singkat. Anak-anak ini tidak tahu atau MALAS ingin ambil tahu bagaimana sengsaranya anak-anak di Gaza ini tidak punya ibu bapa tempat untuk mereka mengadu nasib.
Di bawah ini saya sertakan video, lirik dan link untuk download lagu ini yang saya peroleh dari laman web rasmi Michael Heart.
WE WILL NOT GO DOWN (Song for Gaza)
(Composed by Michael Heart)
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight