Emak, Kau Ratu Hatiku

emak3ps4


Emak
,
Sejak kecil kau telah diduga-Nya,
Memanggil ‘ibu‘ tidak pernah kau rasa,
Gelaran ‘yatim’ awal kau terima,
Ibu mu awal dijemput yang Esa.

Emak,
Kau bukan seperti anak-anak lain,
Masa kecil mu bukan untuk bermain,
Berhujan berpanas perkara biasa,
Walau semua kerna terpaksa.

Emak,
Allah itu maha adil dan maha besar,
Diberi-Nya ganjaran untuk mereka yang sabar,
Diberi-Nya kau suami yang penyayang,
Untuk kau sayangi malam dan siang.

Emak,
Dimurahkan rezeki mu suami isteri,
Dengan lima putera dan tiga puteri,
Walau pelbagai karenah telah kau tempuhi,
Tetap tabah memegang amanah Allah ini.

Emak,
Sempena hari ibu ini,
Ku berdoa menadah tangan,
Kehadrat Allah aku pohonkan,
Agar dikekalkan segala kesihatan.

Emak,
Kau Ratu Hatiku.

This entry was posted in LUAHAN, PERISTIWA. Bookmark the permalink.

6 Responses to Emak, Kau Ratu Hatiku

  1. riezQ says:

    salam…abang..nanti sampaikan salam saya pada amak yer..cakap kat amak “SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU AND I LOVE YOU SO MUCH”

    Entri terkini riezQ: MY BABY MILO

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @
    Reply:

    @riezQ, salam…sudah disampaikan…dia ckp trima kasih byk2 =)

    [Balas komen ini]

  2. acai says:

    Slm bro, aahlah, terasa cam pelik je panggil emak dalam sajak,heheh..padahal akupun panggil mak aku emak gak :) thanks for sharing bro..buat aku lebih hargai pengorbanan mak aku,huhu

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @
    Reply:

    @acai, huhuhu…kebanyakan kita mmg panggil emak…jadi kalau dlm sajak kita buat ibu mcm tak feel la plak sbb kita biasa panggail dia emak…sama2 acai…

    [Balas komen ini]

  3. nazra says:

    chantek la gmbr tu. sgt menarik perhatian ^_^

    Entri terkini nazra: Perempuan + Rokok = Lelaki

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @
    Reply:

    @nazra, makasih…biase2 aje =)

    [Balas komen ini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>