Blog Best: Miao & WafuPafu Comic Blog

Blog komik ini saya ketemu ketika melompat-lompat ke blog rakan-rakan awal bulan ini. Tapi, saya tidak pasti dari blog siapa saya dapat tahu tentang blog komik ini. Blog yang saya maksudkan ialah blog www.akiraceo.com Miao & WafuPafu Comic Blog.
Mula-mula saya masuk ke blog komik ini saya sudah terpikat dengan watak utamanya iaitu Miao si kucing comel dan WafuPafu (Wafu & Pafu) si hamster kiut. Memang sungguh comel watak-watak utama ini. Kebetulan saya memang seorang peminat tegar kucing =) . Rekaan tema untuk blog komik ini juga sangat simple dan menarik. Pada mulanya saya tidak bajet yang blog komik ini milik anak Malaysia tetapi semakin saya baca setiap entri yang dipublish saya terperasan yang ada terselit bahasa melayu pasar. Saya terus ke bahagian about dan sah lah memang pelukis dan pemilik blog komik ini orang Malaysia (Kuching, Sarawak). Namanya Jian Goh dan menggunakan nick name Akiraceo. Pemilik laman juga menyediakan ruangan download untuk pengunjung memuat turun wallpaper dan ikon percuma. Memang hasil kerja Akiraceo ni semua menarik. Sebelum berpindah ke www.akiraceo.com blog komik ini menggunakan blogspot di alamat akiraceo.blogspot.com dan entri-entri lama masih ada dan boleh di baca di sana.
So, kepada peminat komik dan kucing boleh lah ke sana untuk membaca pelbagai cerita harian yang telah diterjemahkan melalui lukisan komik yang sangat kelakar dan comel =) .
Ps: Teringin juga untuk pandai melukis =)











Jian aka miao
Meow~~~
Wow Terima kasih banyak atas review anda ^^
Hehehehe
Entri terkini Jian aka miao: Miao says: I’m a Standout!
[Balas komen ini]
firdee
Twit ID: @firdee
Reply:
May 20th, 2009 at 12:41 AM
@Jian aka miao, sama-sama Jian…saya sangat enjoy membaca komik anda…anda memang seorang yang kreatif…saya sekarang sudah jadi salah seorang peminat si Miao & WafuPafu =D
[Balas komen ini]
haritz
miow..larik!!
Entri terkini haritz: Champion League – uefa.com
[Balas komen ini]
haritz
miow..larik!!
Entri terkini haritz: Champion League – uefa.com
[Balas komen ini]