Jom Internet

Jom Internet, originally uploaded by Firdee’s Fhoto.

Sekarang semua sudah senang. Apa-apa saja boleh dicari melalui internet. Kalau dulu kita ke perpustakaan untuk meminjam dan membaca buku. Tetapi, budak zaman la ni mereka ke perpustakaan untuk mencari kenalan. Mana tidaknya, di perpustakaan disediakan kemudahan internet broadband yang laju (1-2 Mbps) dan ianya percuma. Buku-buku yang bersusun rapi tidak lagi menjadi kegilaan.

Sekarang ini mindset mereka perpustakaan adalah tempat untuk mereka cari kawan di laman sosial seperti Friendster, Myspace dan menonton aksi mat rempit merempit di laman Youtube. Perkhidmatan ini bukan sahaja terdapat di perpustakaan awam tetapi juga di perpustakaan desa. Mereka tidak perlu membayar RM 2.00 sejam untuk melayari laman kegemaran kerana ianya diberikan secara percuma.

Kakitangan perpustakaan juga tidak dapat berbuat apa-apa untuk melarang kerana jika dilarang budak-budak ini boikot tidak akan ke perpustakaan pula dan pihak perpustakaan masak pula untuk menjawab kepada pihak atasan berkenaan kekurangan kunjungan di perpustakaan masing-masing. Bak kata pepatah “Ditelan mati emak, Diluah mati bapa“. Jalan selamat yang diambil, tutup sebelah mata aje lah.

Jadi salah siapa?

This entry was posted in BERPESAN-PESAN, CATATANKU, SEMBANG. Bookmark the permalink.

One Response to Jom Internet

  1. haritz says:

    saper pun tak salah bab ni, baca buku nak info, internet pun nak cari infogak malah lebih pantas dari cari buku

    [Balas komen ini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>