Selamat Hari Merdeka ke 52 Malaysia

hmd2

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 tahun untuk seluruh rakyat Malaysia. Harapan saya semakin naik umur kemerdekaan ini semakin merdeka lah rakyat Malaysia ini dari segala penganiayaan dan penjajahan dari semua pihak.

Marilah kita semua sama-sama berdoa kepada Allah supaya negara Malaysia yang tercinta ini cepat dimerdekakan daripada wabak H1N1 yang sedang giat menjajah kesihatan seluruh manusia di dunia ini.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

15 Malaysia: The Tree oleh Amir Muhammad

Tema baru Firdee.Net, Lorem Ipsum dari Letsmint.com

li2

Tema ini bukan lah baru sebenarnya. Saya juga pernah menggunakannya beberapa tahun lepas. Mula kenal dengan tema ini bila mohd ismail memasang tema ini di blognya. Saya tertarik dengan kesederhanaan tema ini yang begitu minimalis.

Tema ini juga tidak memberatkan laman jika kita memasangnya kerana ia tidak menggunakan warna yang banyak. Hanya warna hitam dan putih saja kelihatan. Kepada penggemar tema wordpress yang minimalis saya syorkan anda menggunakan tema ini. Tema minimalis lain yang anda boleh guna juga ialah tema Extreme Georgia yang yang saya gunakan sebelum ini.

Kepada yang berminat untuk menggunakan tema ini boleh lah ke laman rasminya di letsmint.com untuk muat turun.

Iklan Tak Nak! merokok yang sangat menyentuh perasaan

Saya tidak merokok tetapi iklan ini memang menginsafkan saya. Kamu yang merokok, tidak kah kamu kasihan jika situasi ini berlaku kepada anda dan keluarga anda?Kepada yang baru teringin nak belajar merokok tu hentikan lah sebelum anda tidak boleh berpatah balik.

Sahabat saya yang dulunya mula merokok dengan alasan nak legakan tention exam sekarang sudah menjadi perokok tegar. Dulu bila saya larang dia cakap nak release tention exam je bukan nak merokok terus. Sekarang apa dah jadi?

Jom kita tonton dan renungkan lah sendiri. Katakan Tak Nak! pada rokok.

Blog Widget by LinkWithin