3 Keyword Terngetop Di Firdee.Net

Posted on the August 3rd, 2009 under CATATANKU,INFO by Firdee

keyword

Jika di blog Topotato keyword yang masuk ada pelbagai jenis dan macam dan ada juga keyword yang si Topo cari sendiri. Huhuhu ^^. Di sini setakat ini tidak pernah lagi keyword yang tidak baik masuk. Jika dilihat keyword bulan lepas (lihat gambar) bulan-bulan yang sebelumnya juga lebih kurang saja.

Berikut saya senaraikan 3 keyword yang ngetop di blog ini:

1) Semua yang berkenaan Ramlee Awang Murshid
Memang saya tidak nafikan populariti Ramlee Awang Murshid (RAM) banyak menyumbang pengunjung untuk blog ini. Ia kerana saya adalah salah seorang peminat hasil karya RAM. Setiap kali keluar novel terbaru beliau saya pasti akan beli dan bila tamat pembacaan saya akan buat review. RAM memang mempunyai peminat tegar yang ramai ^^.

2) Laksamana Sunan
Keyword ini juga menyumbang ramai pengunjung ke sini. Memang besar sungguh pengaruh watak Laksamana Sunan ciptaan RAM ini. Jika anda juga pembaca novel RAM pasti anda juga mengagumi keperibadian Laksamana Sunan ini. Di dalam entri saya yang bertajuk Cinta Sang Ratu dua tahun lepas ada individu yang memberi komen yang dia sudah berjumpa manusia yang persis Laksamana Sunan di Indonesia.

3) Semua berkenaan Asrama Semai Bakti Kelana Jaya
Sejak saya terbitkan entri Kenangan di ASBKJ tahun lepas sehingga ke hari ini keyword mengenai Asrama Semai Bakti Kelana Jaya (ASBKJ) ni membawa pengunjung ke sini. Apa yang menariknya, ia juga membawa senior-senior saya di asrama ini dulu masuk ke sini. Saya pasti rakan-rakan saya di ASBKJ dulu pun pasti sedang mencari rakan-rakan seasrama dulu. Jadi entri ini banyak membantu ^^.

Leave a Reply




XHTML::
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>