H1N1, Ramai Masih Selesa

Alhamdulillah hari ini demamku makin sihat sesihat-sihatnya. Tidak ada lagi rasa ngilu di beberapa bahagian badan. Ubat yang doktor beri juga sudah dihabisi dengan jayanya. Cuma sedikit batuk yang berbaki. Risau juga batuk masih tidak kebah. Menunjukkan yang antibodi badan ini masih tidak ampuh menahan serangan virus H1N1.
Jika beberapa bulan lalu pasti saya akan segan untuk keluar ke warung mamak untuk ngeteh dengan memakai topeng muka tetapi sekarang setiap kali keluar ke bandar atau bekerja saya akan memakai topeng ini. VirusĀ H1N1 ni tidak berwarna datangnya jadi baik mencengah dahulu.
Setiap hari angka korban akibat virus H1N1 semakin meningkat dan ianya semakin tenat di negara kita tetapi bila saya keluar ke bandar Temerloh masih ramai yang tidak mencegah dengan memakai topeng muka. Boleh dibilang berapa kerat sangat yang memakainya. Ada yang anak memakai topeng muka tetapi emak dengan bapaknya pula tidak memakainya. Mungkin bagi mereka yang sakit sahaja perlu pakai.
Harap-harap sesiapa yang masih tidak mahu pakai topeng muka ni pakai lah untuk membendung virus H1N1 ni. Tak kan anda nak jadi salah seorang diantara lima juta yang dijangkakan WHO tu. Sebelum kena baik cegah dulu.
Ps: Harga topeng muka di Temerloh ni makin naik nampaknya. Aduh…












betul tu, org bukan fikir sangat bab kesihatan. Tipical Malaysian.
[Balas komen ini]
Twit ID: @firdee
itu lah fasal. cakap takut tapi tindakan tidak serupa apa yang dikata ^^
[Balas komen ini]