Muzium Negara, Bila kali terakhir ke sana?

kosmo

Bila terbaca di Kosmo! Online mengenai tajuk Maklumat Lebih Interaktif di Muzium Negara membuatkan saya terfikir bilakah kali terakhir saya ke sana? Secara jujur saya sendiri tidak ingat bila last sekali saya jejak kaki ke Muzium Negara Malaysia ini.

Saya cuba juga untuk imbas kembali tetapi saya tidak dapat juga mengingat bila masa yang tepat saya terakhir kali ke sana. Apa yang dapat saya ingat saya last ke sana masa tu ada pameran mengenai hantu dan kalau tidak salah ketika itu saya sekolah rendah agaknya (mungkin tadika).

Kenapa agaknya Muzium Negara tidak menjadi tempat yang ramai diantara kita tidak terlintas untuk lawati ketika cuti. Adik-adik saya pun tak pernah ajak ke sana bila tiba cuti sekolah. Kebanyakannya terlintas nak ke Genting Highland & Sunway Lagoon.

Mungkin kebanyakan orang dah set di dalam minda muzium adalah tempat pameran barangan sejarah dan ianya adalah bosan.

Ps: Ingin ke Muzium Negara dalam masa terdekat jika ada rezeki ^^.

2 Responses to “Muzium Negara, Bila kali terakhir ke sana? on “Muzium Negara, Bila kali terakhir ke sana?”

  • aku dah lama tak pegi muzium negara, first time aku pegi sana time aku darjah tiga. waktu tu ada pameran tengkorak semua tak silap aku. skg ni dah takda tak silap aku. aku teringin juga nak kerja dengan arkib negara. cam best jerk. muzium menakutkan. haha

    [Balas komen ini]

  • huhuhu…lama juga x gi tu…mgkin budak2 pon rasa muzium menakotkan kot…sbb tu diorang xterlintas nak ke sana…huhuhu ^^

    [Balas komen ini]

Hi, Stranger! Leave Your Comment...

Name (required)
Email (required)
Website
 

Blog Widget by LinkWithin