Apa yang “sedikit” di hari raya tahun ini

sedikit

Sudah seminggu kita umat Islam berhari raya. Pasti kalian sudah kenyang dengan pelbagai juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah ketika rumah terbuka. Tahun ini adalah tahun paling “sedikit” untuk saya. Apa yang sedikitnya?

Sedikit masa yang saya habiskan di kampung. Biasanya saya akan beraya di kampung paling tidak pun 5 hari. Saya mula balik ke kampung sehari sebelum raya. Hari raya ketiga saya sudah pun balik semula ke Bandar Ikan Patin.

Sedikit kueh raya yang saya makan tahun ini. Tidak tahu kenapa, terapa macam satu kemalasan untuk menjamah kueh raya. Apa yang saya cari ialah lemang (tahun ni banyak betul jamah lemang ^^). Nasi himpit pun saya baru jamah hari ini. Tu pun yang emak saya masak pagi tadi. Memang kuah kacang emak superbbbb!!!.

Sedikit jumlah rumah yang saya beraya untuk tahun ini. Semakin meningkat usia ni semakin kuat penyakit M untuk ziarah-menziarahi ni (perangai buruk ni). Sahabat-sahabat masa satu sekolah dulu semua dah lost contact dan saya tidak tahu di mana sekarang. Jadi, duduk rumah aje lah menghadap pc. Sampaikan satu hari tu saya kena marah dengan ayah. Adeh… sentap beb dah tua-tua kena marah. Huhuhu ^^.

Sedikit rancangan TV yang saya layan tahun ni. Duduk menghadap internet lagi seronok. Live blogging ditambah pula dengan talian streamyx yang sudah pakcik saya pasang di kampung membuatkan mata saya terus tertumpu di skin Nokia 5800 XM (sambil borak sambil surfing). Biarpun skrinnya kecil ianya sangat-sangat berguna ketika laptop tiada di sini.

Jadi kalian semua, banyak ke sedikit seperti saya?

LIVE blogging di rumah baru

flb

Tengah malam tadi semua entri berkaitan live blog telah saya pindah kan ke domain khas di sini. Letih juga nak memindahkan semua entri. Nak import entri tertentu saja saya tidak pandai jadi terpaksalah import keseluruhan entri dari blog ini dan delete semua entri yang tidak berkenaan dengan live blog.

Kepada pengunjung laman ini sudi-sudikanlah bertandang ke live blog ku itu ^^.

Nak, Ibu sayang kamu

kasih ibu

Sudah lama sebenarnya saya ingin snap momen antara ibu dan anak kucing yang sebegini dan raya lepas akhirnya tercapai juga apa yang saya bayangkan selama ini.

Gambar ini adalah seekor anak kucing yang sedang menyusu pada ibunya. Sambil dia minum susu ibunya pula menjilat-jilat anaknya yang saya ibaratkan sebagai tanda “nak, ibu sayang kamu”.

Bila Iffah lagak bersilat

Sepanjang beraya di kampung tahun ini si Iffah ini adalah model utama yang paling banyak saya snap gambarnya. Mana tak nya, dia ni sangat suka bergambar dan pelbagai pose-pose menarik dan comel yang dia akan buat.

Pose di dalam gambar ini saya tidak mencadangkan apa-apa tetapi sepontan saja dia buat. Si Iffah ni sangat suka suruh saya snap gambar dia melompat dari tangga dan berpuluh snap juga la saya ambil untuk melayan karenah si comel ni ^^.

Ps: Sedang mengedit gambar-gambar raya. Budak UK, sikit masa lagi saya kasi link ye ^^.

Blog Widget by LinkWithin