5Sep/090
Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2009 1430H

Semalam masa sampai di masjid dah dipamerkan poster tentang kadar zakat di Pahang tahun 2009. Kalau tahun lepas kami di Pahang perlu bayar RM 7.30 satu seorang tapi tahun ini kadarnya diturunkan sedikit kepada RM 7.oo sahaja. Saya pun masih menunggu pihak masjid open table untuk pembayaran. Memang start tahun lepas saya bayar di masjid saja. Sebelum mula sembahyang boleh lah bayar ^^.
Saya sertakan di sini kadar zakat fitrah bagi negeri-negeri lain di Malaysia untuk tahun ini:
Selangor - RM7
Pahang - RM7
Perak - RM7
Kedah - RM7
Pulau Pinang - RM7
Terengganu - RM5, RM7 dan RM8
Johor - RM5 dan RM7.50
Sabah - RM6.60
Negeri Sembilan - RM6.50
Melaka - RM6.30
Sarawak dan Perlis - RM6
sumber : Bernama










