FIRDEE'S

18Oct/090

Bulan 10 bulan kesibukan

ggggg

Sebelum raya bos dah bagitau awal-awal yang lepas saya (bulan Oktober) kami akan sangat-sangat banyak kerja. Sebab itu sesiapa saja yang apply cuti untuk raya seminggu selepas raya semuanya dibatalkan. Kalau nak ikutkan saya memang nak cuti semingu lepas raya (sebab raya tak apply cuti) tapi sebab kerja dah melambak lepas raya tak dapek nak nolong nyo.

Saya juga ingin mohon maaf kepada rakan-rakan blog yang sentiasa masuk ke sini tetapi tiada apa-apa entri baru untuk anda baca dan jadikan sebagai selingan atau input. Di kala kesibukan memang otak ini tidak ada apa-apa idea untuk ditaipkan sebagai entri di sini. Hanya LIVE! blogging saja yang dapat saya kemaskini sentiasa kerana ianya tidak memerlukan saya mengadap komputer tetapi hanya cukup sekadar henset berkamera yang punya sekurang-kurangnya sambungan GPRS/ WAP. Blog ini memang terabai lah (kecuali sesekali update video saja dimuat naik).

Rasanya selepas ini pun saya akan jarang-jarang update blog ini kerana masih banyak PD-PD (Perpustakaan Desa) yang perlu saya pergi kerana bulan ini sehingga dua bulan mendatang memang masanya untuk PM (Preventive Maintenance) saya lakukan. Tetapi yang pasti LIVE! blog saya pasti akan sentiasa saya update. Jadi sesiapa yang ke sini boleh lah jenguk-jenguk ke sana ya ^^.

Daa...

Ps: Bulan ni genap dua tahun saya dengan ITServices Sdn. Bhd. Sangat pantas masa berlalu.

Filed under: CATATANKU Leave a comment
Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment

:hihi: :hiks: :melet: :nangis: :ngakak: :puyeng: :sip: more »


No trackbacks yet.

Blog Widget by LinkWithin