FIRDEE'S

23Oct/090

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…

sad kitty2

Saya di dalam berkawan, amat serius dalam menjaga hati kawan. Saya sangat akan rasa bersalah jika perbuatan saya melukakan hati kawan di sekeliling saya. Bagi saya, biarlah perasaan saya kawan tak jaga asalkan perasaan mereka saya jaga. Sekurang-kurangnya saya tidak berbuat dosa dengan menyakiti perasaan mereka.

Tapi apa kan daya. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari kekhilafan. Hari ini secara saya tidak sedar, satu hati telah saya "terasakan" dengan sebaris ayat di wall di facebooknya. Ketika saya menulis di wallnya saya tidak terfikir langsung ianya bakal membuat hatinya sedikit terasa. Bila saya membaca balasannya baru saya tersentak  sendiri dan sedar dia telah terasa dengan kata-kata saya itu.

Apa nak buat. Apa yang sudah jadi sudah pun jadi. Walaupun setelah meminta maaf dan dia juga suruh abaikan sahaja reaksinya itu saya tetap tidak sedap hati dengan apa yang telah saya buat.

Hari ini baru saya percaya dengan hanya di alam siber sahaja kita boleh membuat sesuatu yang memudaratkan orang lain. Selama ini saya tidak percaya bila ada orang yang sanggup tinggalkan dunia blog yang telah bertahun mereka bina hanya kerana terasa hati. Hari ini saya benar-benar percaya.

Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada FS atas kelancangan kata-kata tadi. Jika adik si FS masuk ke sini dan baca entri ini beritahu FS saya sangat-sangat menyesal berbuat dia sedikit terasa tadi. Maaf sekali lagi.

Ps: Di zaman internet ni rasanya peribahasa di atas boleh diubah kepada "...terlajak taip mesej buruk padahnya" ^^.

Comments (0) Trackbacks (0)

No comments yet.


Leave a comment

:hihi: :hiks: :melet: :nangis: :ngakak: :puyeng: :sip: more »


No trackbacks yet.

Blog Widget by LinkWithin