FIRDEE'S

24Nov/0910

Kena saman dengan JPJ sebab tak pakai kit bebas tangan memang tak berbaloi-baloi

bths

Hambik kamu! Panjang betul tajuk entri kali ni. Bukan ia panjang sebab dah lama tak berblog tapi panjang sebagai tanda ketidak berbaloi-baloian.

Dua minggu lepas saya ditugaskan untuk selesaikan beberapa job di utara semenanjung (Kedah & Perlis). Memang seronok duduk di kedua-dua negeri ini sebab keluar hotel saja saya dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah yang luas menghijau (sawah padi). Terasa menyesal pulak saya tak bawak sekali DSLR saya yang satu tu. Aduh... Kerugian sungguh!

OK. Cukup untuk mukadimah. Berbalik kepada tajuk entri yang panjang ni. Kejadiannya berlaku pada beberapa hari sebelum saya balik ke Pahang. Sedang rancak berborak-borak (di telefon) dengan rakan sekerja di HQ (seronok sangat bercerita pasal duit advance perjalanan ke utara) tiba-tiba terdengar satu suara yang cukup kuat berbunyi "MyVi bernombor CCD**** sila berhenti ke tepi!". Bila saya pandang ke tepi kiri kelihatan si brader-brader JPJ dengan machonya menunjukkan isyarat untuk saya berhenti ke tepi jalan. Masa tu dalam hati saya "Aduh!!! Melayang duit gue!".

Di tepi jalan saya keluar dari kereta (gaya mcm nak gi pukul si brader JPJ je :p) dan terus keluarkan IC. Brader JPJ dengan selambenya menjawab "saya bukan nak IC, saya nak lesen daaa". Adeh... Lupa plak yang dia tu bukan polis. Lepas tu dia cakap lagi "maaf la ye incik. incik pon tau apa salah incik dan saya TERpaksa saman incik jugak. Lain kali nak borak time drive guna lah henpree. Saman ni incik buleh bayo dimana-mana cawangan JPJ dlm Malaysia ni dalam masa sebulan dari tarikh hari ini. Kalo incik tak bayo gak lepas sebulan, surat mahkamah akan dihantar ke incik dan incik kena la ngadap hakim di Perlis ni". Lepas tu brader-brader JPJ tu terus blah dengan gembiranya sambil meninggalkan sekeping kertas yang bernama SAMAN di tangan saya. Adeh la...

Semalam selamat lah duit saya sebanyak RM 200 (saman asal RM 350) di tangan JPJ Temerloh. Tadi terus gi beli henpree yang berharga baru RM 100. Adeh la lagi...

Ps: Pakai la henpree bila nak borak di telefon time drive tu. Kalo kena saman gini tak berbaloi-baloi.

Comments (10) Trackbacks (0)
  1. sabar la yer. ada hikmah tu kena saman. hee..

    :sip:
    Terkini di blog azizwan(dot)com: Fast update je..

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @azizwan(dot)com, tu la…pk positip je ^^

    [Balas komen ini]

  2. hahaha.. kalau JPJ dah suruh berhenti tepi, mmg samalah.. takde ape lagi dalam fikiran kecuali “adeh melayang duit gua”.. hahaha..

    Ok la tu bro. pelaburan hari ni demi menjamin “adeh melayang duit gua” di masa akan datang. hehehe.

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @Khai, hahaha…mmg xde pk lain dah khai…bila dah melabur skrg pasti kena beringat utk masa akan dtg ^^

    [Balas komen ini]

  3. :hiks::hiks::hiks:puas hati hang bro! hihihi

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @luth textile, huhuhu…naseb naseb…

    [Balas komen ini]

  4. Polis dah kata jangan cakap telefon time memandu. Cara mudah: bagi signal ke kiri dan cakap di tepi jalan bila ada panggilan masuk.

    [Balas komen ini]

    Firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @Adam, tu la pasal. dah kena ni baru nak terngadah.

    [Balas komen ini]

  5. Salam. Lama tak berkabar berita. Harap sihat aje walaupun lepas melaksanakan sedekah paksaan kat JPJ, wuhu! nak tanya sket pasal nuffnung. camne carenye ek? aritu ada daftar tp… bute sket, wuhu!
    Terkini di blog ikhwanmuda: WTS Nikon D60 Body + 18-55mm VR Kit Lense + Li-Ion Battery + Original Box

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @ikhwanmuda, poket aje yg x sehat bang…hahaha

    pasal buffnang, abg daftar le blog abg tu di sana dan letakkan kod yang dia beri di blog abg…nak letak di header boleh, kat post pon boleh, kat sidebar pon boleh…

    [Balas komen ini]


Leave a comment

:hihi: :hiks: :melet: :nangis: :ngakak: :puyeng: :sip: more »


No trackbacks yet.

Blog Widget by LinkWithin