Seronok nak sambung belajar di kolej? Baik periksa sama ada diiktiraf MQA (dulu LAN) ke tidak


Model: Si Olen

Saya rasa ramai yang bernasib kurang baik kerana Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mereka masuk menjalankan program atau kursus mengajian yang tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dulu dikenali juga dengan nama LAN (Lembaga Akreditasi Negara). Antara yang kurang bernasib baik itu adalah saya sendiri.

Ketika mula-mula saya belajar dulu terus terang saya memang tidak ambil kisah langsung mengenai LAN iktiraf atau tidak (menyesalnyee!). Memang saya tidak tahu langsung apa fungsinya LAN ini. Saya telah menuntut di tiga IPTS yang berbeza untuk mendapatkan segulung sijil dan diploma di dalam bidang Kejuruteraan Sistem Komputer di bawah kelolaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).

Bagi mendapatkan segulung sijil saya menuntut di dua IPTS yang berbeza. Satunya di Kuala Lumpur dan satu lagi di Temerloh. Ketika saya mendaftar diri, kedua-dua kolej ini memberi pelbagai kata-kata manis dan mengesahkan yang kolej mereka memang diiktiraf oleh LAN. Pihak kolej juga menceritakan tentang bekas-bekas pelajarnya yang sekarang sudah ramai diterima bekerja di sektor awam dan swasta. Mendengarkan janji mereka ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar. Dua tahun juga saya berada di kedua-dua kolej ini untuk menamatkan pengajian sijil dengan jayanya.

Bagi mengejar segulung diploma pula saya menuntut di sebuah kolej swasta yang agak besar dan dikenali di bandar pusat Jengka. Disebabkan hanya kolej tersebut saja yang menawarkan program diploma kemahiran di Pahang ketika itu saya terus mendaftar. Ketika mendaftar saya ada bertanya mengenai pengiktirafan LAN dan mereka mengatakan jangan risau kerana kolej mereka memang sudah mendapat pengiktirafan LAN. Setahun setengah saya ambil masa untuk menamatkan diploma dengan jayanya.

Tamat pengajian memang target utama adalah untuk masuk line kerajaan kerana ekonomi sekarang lebih memberi kelebihan bagi penjawat awam. Pelbagai borang diisi tetapi tiada satu pun jawatan untuk kerja di sektor awam yang melekat. Saya mula tahu tentang diploma saya tidak diiktiraf MQA bila rakan sekelas saya di kolej dulu permohonannya untuk bekerja sebagai juruteknik sekolah ditolak disebabkan diplomanya tidak diiktiraf MQA dan JPA. Masa tu baru lah semuanya masuk akal kenapa tiada satu pon permohonan saya yang mendapat balasan. Saya juga pernah memohon jawatan di UMP tetapi tidak juga berjaya hanya disebabkan tiada pengiktirafan MQA dan bukan kerana tiada kelayakan akademik.

Jadi, untuk kamu-kamu yang baru nak masuk belajar di kolej periksa lah terlibih dahulu latar belakang kolej dengan teliti. Pastikan jurusan yang hendak kamu pilih telah diiktiraf oleh MQA. Dahulu saya tidak tahu semuanya kita boleh periksa di laman web MQA dan ini lah jadi kepada saya sekarang. Sekarang kamu boleh menyemak semuanya di SINI untuk memastikannya.

Beringat sebelum terkena. Dah terkena memang pening dibuatnya.

12 Responses to “Seronok nak sambung belajar di kolej? Baik periksa sama ada diiktiraf MQA (dulu LAN) ke tidak on “Seronok nak sambung belajar di kolej? Baik periksa sama ada diiktiraf MQA (dulu LAN) ke tidak”

  • alahai bro. tak pe tak pe.
    menda dah lepas. aku baru nak sambung stadi kat unitem. rasanya ada diiktiraf. dah cek dah.

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @deennasour, terkilan sbb xde LAN xleh keje. adeh …

    [Balas komen ini]

  • emm betul3..kena check dulu
    tapi takde lan punya recognition takpe..mostly yg perlukan lan recognition ni gomen..swasta flexible sikit..gud luck

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @zamz, naseb baik la swasta ok sket bab xde LAN ni…skrg di pon keje ngan swasta…tp dgr2 pas ni swasta pon nak ikut mcm gomen gak tgk LAN jugak…

    [Balas komen ini]

  • alahaii..kesiannyaa..
    xpe bro..janji dah ada diploma..
    bole keje swasta..

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @dhiyafaris, makasih…tp swasta mcm x berbaloi…

    [Balas komen ini]

  • Alaa keciannyer…nasib baik tak terjadi kat saya…byk surat dari IPTS yg bunyinyer sedap jer…ada kerjasama ngan U Liverpoo la…U Landen la…U Alagapaz la…tapi satu pun tak minat IPTS melainkan betul2 ada MQA n laku nak keje dgn keSULTANan atau keRAJAan…mcm IIC and KUIS…dua2 apply tapi MAHAL WO!!!

    jgn beRAJA di mata,berSULTAN di hati…nanti mati…
    Terkini di blog Mr Fathi: Google Doodle Happy Holidays!!!

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @Mr Fathi, mmg kena hati2 dgn kolej2 ni…dah terkena menyesal x sudah…pinjaman nak kena bayar balik…

    kadang2 pelik juga gimana kolej ni boleh meneruskan jurusan yang tidak diiktiraf ni sedangkan tiada kelulusan MQA…

    [Balas komen ini]

  • member aku pernah terkena, di study main masuk je kolej tu. skali tak diiktiraf. wat penat jerk. huhu
    Terkini di blog mohdisa: Tips Memenangi Contest Hidup Berani Untuk Gagal

    [Balas komen ini]

    firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @mohdisa, betul…terasa letihnya bila diploma x diiktiraf kerajaan…terasa mcm sia2 masa…tapi naseb baik la saya masih dpt ilmu dari setiap tempat yg saya masuk…kalo masuk kolej yg x iktiraf pastu pensyarah mcm hampeh je ngajo mmg x berbaloi baloi

    [Balas komen ini]

  • adakah university (oum) diiktiraf oleh LAN /MQA.

    [Balas komen ini]

    Firdee
    Twit ID: @firdee
    Reply:

    @welson, yup ^^

    [Balas komen ini]

Hi, Stranger! Leave Your Comment...

Name (required)
Email (required)
Website
 

Blog Widget by LinkWithin