Tomok Jutawan Di Hari Pekerja

tomokcopyyd9edited
kredit fhoto: ohbulan.com

Tomok Jutawan Muda Baru

Start tengah malam tadi, Tomok Shah Indrawan atau nama sebenarnya Shah Indrawan telah menjadi sebutan hangat blog-blog di Malaysia dan mungkin juga negara-negara jiran Malaysia. Mana tidaknya si Tomok telah menjadi juara lelaki pertama rancangan realiti hangat One In A Million (OIAM) musim ke tiga. Paling laju saya perasan ialah di blog Zelo55 kerana malam tadi peminat dah siap boleh download lagu baru Tomok di pentas akhir OIAM. Bukan lah tujuan entri ini ditulis kerana saya adalah peminat si Tomok tapi saya juga tidak dapat menafikan yang Tomok bukanlah Tomok yang seMalaysia kenal dulu. Kali ini Tomok adalah seorang penyanyi solo yang tampil dengan pelbagai persembahan yang kreatif di dalam pertandian OIAM.

Kebetulan pula kakak Tomok iaitu Isma atau nama sebenarnya Ismaliza binti Ismail juga sedang berhempas pulas bertanding di Akademi Fantasia 7 (AF7). AFUNDI untuk kakaknya juga tidak mengecewakan kerana setiap minggu sebelum konsert mingguan AF7 pasti undian kakaknya paling tinggi. Tidak mustahil juga tahun ini kedua beradik ini bakal menjadi bualan hangat di dada akhbar hiburan Malaysia. Tahniah untuk keduanya =) .

Ayah Yang Sangat Sibuk Di Cuti Hari Pekerja

Kasihan sebenarnya saya lihat ayah sekarang. Mana tidaknya, di usia 5o an jadual kerjanya semakin sibuk macam mengalahkan seorang Yang Berhormat (YB). Semakin besar pangkat yang di amanahkan kepadanya semakin padat juga aktiviti hariannya. Minggu ini sahaja ayah masih belum boleh duduk rileks di sofa empuk kami sambil menonton tv dan membaca akhbar. Jam 3.30 petang tadi dia baru saja pulang dari merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2009 kawasan jagaannya di Raub.

Saat entri ini ditaip, ayah tidak ada di rumah sebab dia ke klinik Sulaiman untuk memeriksa tahap kesihatannya kerana sejak dua tiga hari lepas setiap kali dia membuang air kecil pasti air kencingnya akan beserta dengan darah. Kami saspek mungkin penyakit batu karangnya tahun lepas kembali semula. Puncanya yang saya dapat simpulkan di sini ialah ayah bila terlampau sibuk dia akan kurang minum air masak dan jadual pemakanannya tidak teratur. Mungkin sebab itu juga batu karangnya mula terbentuk semula. Tapi semua telahan saya ini tidak pasti lagi sebelum mengetahui keputusannya dari pemeriksaan doktor nanti. Saya harap ayah akan baik-baik saja.

Ps: Ayah ada cakap yang dia nak bersara awal kerana sudah tidak larat hendak outstation jauh-jauh setiap minggu. Entah jadi ke tidak kerana dengarnya dia bakal di naikkan pangkat lagi. Hmm…

Bintang Akademi Fantasia Yang Saya Suka Tengok

1) Nonny Nadirah [link]

img_0127

Kredit Fhoto: Nonny Nadirah Blog

Kali pertama melihat Nonny ni di Akademi Fantasia 5 hati sudah terpaut. Memang saya suka tengok gadis yang chinese look ni. Huhuhu =) . Walaupun pada pendengaran saya suaranya tidak lah sehebat rakan seakademi seperti Mila, Candy mahupun Heliza tetapi saya lebih tertarik untuk melihat gelagatnya di dalam Diari AF5 pada setiap malam. Sifat gila-gila dia yang sangat suka ketawa membuatkan adakala dia kelihat kiut (cute) =p . Sampai ke hari ini saya masih tidak jemu menatap wajahnya di drama-drama terbitan Astro, media cetak dan elektronik.

2) Heliza Helmi [link]

heliza

Mula melihat wajah kiut ini ialah ketika seminggu sebelum Diari Akademi Fantasia 5 bermula. Alahai… Apa yang boleh saya katakan ketika itu ialah gadis bertudung ini sangat manis perwatakannya dan saya bakal menjadi peminat setia yang pasti akan mengAFUNDI nya setiap hari. Walaupun prestasi Heliza di dalam Akademi Fantasia ada turun naikknya dan sering kelihatan kontrol cantik, mata saya sering ingin melihat keletahnya dan kekiutan sepasang matanya yang beshoo =) . Ketika pertama kali bertentangan mata dengan Heliza di Secret Recipe Sunway Piramid, jantung saya berdegup kencang kerana ternyata dia lebih cantik dan kiut jika dilihat secara LIVE berbanding menontonnya di kaca tv. Memang tidak jemu melihat wajahnya dan dia juga tidak jemu melayan kami berborak dengan pelbagai cerita. Sungguh peramah budak ini =) . Sekarang sudah jarang dapat menonton Heliza di tv kerana dia masih bergelar artis separuh masa disebabkan tuntutan kuliah dan exam yang bertimbun menunggunya di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Ps: Korang, siapa artis yang berkenan di hati? Huhuhu =) .

Akademi Fantasia 7: Apa Yang Tak Kena?

Tahun ini buat pertama kalinya sejak 6 tahun saya menjadi pemilik dekoder Astro, saya tidak lagi “demam” bila menjelangnya musim baru Akademi Fantasia. Biasanya seminggu sebelum menjelangnya diari AF yang pertama saya sudah mempunyai pelajar kegemaran seperti Farah Diana & Bob AF2, Salima AF4, Heliza AF5 & Nadia AF6. Tapi, tahun ni pelajar AF7 tidak dapat menarik perhatian saya dengan bakat dan pakej yang ada pada diri masing-masing untuk saya meminati sekaligus menjadi pengundi mereka. Jika sebelum ini saya pasti akan rasa tidak lengkap jika tidak menonton diari AF setiap malam tetapi tahun ini saya boleh lagi ke gerai jalan-jalan cari makan. Konsert ke 3 malam tadi pun saya tidak menonton sangat sebab jam 9.30 malam saya sedang menikmati mee goreng mamak ayam di Restoran Mamak Old Town. Sangat syok =) .

Ps: Malam tadi sempat juga saya join penduduk dunia bergelap di rumah dalam satu jam bagi menyokong Earth Hour 2009. Klik sini untuk tonton sambutan Earth Hour 2009 di Malaysia.

Kenanganku: Frontpage Design Untuk Kelab Peminat

Hari ini terlintas pula di otak ni nak melihat kembali hasil kerja saya semasa saya aktif dalam Fan Club. So, saya pun buka Wayback Machine untuk mencari frontpage laman-laman FC yang pernah saya buat dahulu.

1) Salima Fan Club

Inilah hasil kerja saya yang pertama untuk sebuah FC. Dengan ketika itu gambar Salima susah untuk saya perolehi, ini saja lah gambar yang dapat ditetakkan sebagai frontpage. Laman ini sekarang sudah tiada seperti tiadanya FC ini.

2) Heliza Fan Club

Laman ini dihasilkan bersama² geng dari Salima FC juga. Muka hadapan laman ini juga masih bertemakan hijau (masa itu masih tidak tahu apakah warna kegemaran si Heliza). Laman ini dibangunkan sebelum konsert pertama AF5 dan laman ini masih wujud sehingga sekarang (dan semakin cantik designnya) walaupun sudah hampir 2 tahun berlalu. FC ini juga masih aktif dan keahliannya semakin ramai. Laman ini boleh dilayari di sini.

Firdee: Sekarang sudah tidak aktif macam dulu :P

Blog Widget by LinkWithin