
Model: Si Olen
Saya rasa ramai yang bernasib kurang baik kerana Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang mereka masuk menjalankan program atau kursus mengajian yang tidak diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang dulu dikenali juga dengan nama LAN (Lembaga Akreditasi Negara). Antara yang kurang bernasib baik itu adalah saya sendiri.

Sebelum ni saya tidak sedar langsung akan kewujudan team ini. Bila dapat mesej di shoutbox seperti “singgah cari nuff” dan “klik2 mr potato” mula-mula pelik jugak. Kenapa diorang ni masuk tapi mesej yang ditinggalkan bukan lah say hi ke atau salam kenal ke tapi cari nuffnang dan incik potato (salah satu iklan yg sedang berjalan di nuffnang skrg ni).
Beberapa hari lepas setelah membaca entri di blog Abang Juju a.k.a Rjuna baru lah tau tentang wujudnya team nuffnang ni. Memang dalam otak dok ingat nuffnang ada kelab peminat, sekali bukan rupanya. Team nuffnang/ nuffnang rangers ni berfungsi sebagai tempat dimana sesiapa yang nak buat duit dengan nuffnang boleh daftar dan setiap ahli berdaftar akan ke blog ahli-ahli lain untuk klik-klik iklan nuffnang yang ada. Adeh…
Nampaknya sekarang ni ramai orang diluar sana yang beranggapan buat blog boleh buat duit. Rasanya tanggapan sebegitu salah melainkan kamu buat blog perniagaan yang menjual produk-produk untuk orang lain beli seperti e-book. Haaa… Tu baru buat blog boleh buat duit. Kalau sekadar buat blog peribadi (seperti saya ni) dan mengharapkan akan menghasilkan duit yang banyak hanya dengan meletakkan iklan nuffnang memang kamu silap. Lain lah blog peribadi kamu punya ramai penggemar seperti blog Kak Jie. Nak ramai penggemar seperti Kak Jie perlu lah ada isi-isi yg mantap dalam blog kamu supaya org jadi seronok utk masuk berkali-kali membaca entri kamu. Bukan main hantam saja buat blog. Haa… Time tu bukan kamu yang cari iklan tapi pihak pengiklanan yang cari kamu. Apa yang penting kita kena cari kawan dulu bukan cari nuff dulu ^^ .
Ps: Masih lagi belajar untuk meramaikan pengunjung blog. Duit nuffnang saya kalau dapat sehari 0.25 sen pon dah ok ^^.

Hambik kamu! Panjang betul tajuk entri kali ni. Bukan ia panjang sebab dah lama tak berblog tapi panjang sebagai tanda ketidak berbaloi-baloian.
Dua minggu lepas saya ditugaskan untuk selesaikan beberapa job di utara semenanjung (Kedah & Perlis). Memang seronok duduk di kedua-dua negeri ini sebab keluar hotel saja saya dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah yang luas menghijau (sawah padi). Terasa menyesal pulak saya tak bawak sekali DSLR saya yang satu tu. Aduh… Kerugian sungguh!
OK. Cukup untuk mukadimah. Berbalik kepada tajuk entri yang panjang ni. Kejadiannya berlaku pada beberapa hari sebelum saya balik ke Pahang. Sedang rancak berborak-borak (di telefon) dengan rakan sekerja di HQ (seronok sangat bercerita pasal duit advance perjalanan ke utara) tiba-tiba terdengar satu suara yang cukup kuat berbunyi “MyVi bernombor CCD**** sila berhenti ke tepi!”. Bila saya pandang ke tepi kiri kelihatan si brader-brader JPJ dengan machonya menunjukkan isyarat untuk saya berhenti ke tepi jalan. Masa tu dalam hati saya “Aduh!!! Melayang duit gue!”.
Di tepi jalan saya keluar dari kereta (gaya mcm nak gi pukul si brader JPJ je :p) dan terus keluarkan IC. Brader JPJ dengan selambenya menjawab “saya bukan nak IC, saya nak lesen daaa”. Adeh… Lupa plak yang dia tu bukan polis. Lepas tu dia cakap lagi “maaf la ye incik. incik pon tau apa salah incik dan saya TERpaksa saman incik jugak. Lain kali nak borak time drive guna lah henpree. Saman ni incik buleh bayo dimana-mana cawangan JPJ dlm Malaysia ni dalam masa sebulan dari tarikh hari ini. Kalo incik tak bayo gak lepas sebulan, surat mahkamah akan dihantar ke incik dan incik kena la ngadap hakim di Perlis ni”. Lepas tu brader-brader JPJ tu terus blah dengan gembiranya sambil meninggalkan sekeping kertas yang bernama SAMAN di tangan saya. Adeh la…
Semalam selamat lah duit saya sebanyak RM 200 (saman asal RM 350) di tangan JPJ Temerloh. Tadi terus gi beli henpree yang berharga baru RM 100. Adeh la lagi…
Ps: Pakai la henpree bila nak borak di telefon time drive tu. Kalo kena saman gini tak berbaloi-baloi.

Saya di dalam berkawan, amat serius dalam menjaga hati kawan. Saya sangat akan rasa bersalah jika perbuatan saya melukakan hati kawan di sekeliling saya. Bagi saya, biarlah perasaan saya kawan tak jaga asalkan perasaan mereka saya jaga. Sekurang-kurangnya saya tidak berbuat dosa dengan menyakiti perasaan mereka.
Tapi apa kan daya. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari kekhilafan. Hari ini secara saya tidak sedar, satu hati telah saya “terasakan” dengan sebaris ayat di wall di facebooknya. Ketika saya menulis di wallnya saya tidak terfikir langsung ianya bakal membuat hatinya sedikit terasa. Bila saya membaca balasannya baru saya tersentak sendiri dan sedar dia telah terasa dengan kata-kata saya itu.
Apa nak buat. Apa yang sudah jadi sudah pun jadi. Walaupun setelah meminta maaf dan dia juga suruh abaikan sahaja reaksinya itu saya tetap tidak sedap hati dengan apa yang telah saya buat.
Hari ini baru saya percaya dengan hanya di alam siber sahaja kita boleh membuat sesuatu yang memudaratkan orang lain. Selama ini saya tidak percaya bila ada orang yang sanggup tinggalkan dunia blog yang telah bertahun mereka bina hanya kerana terasa hati. Hari ini saya benar-benar percaya.
Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada FS atas kelancangan kata-kata tadi. Jika adik si FS masuk ke sini dan baca entri ini beritahu FS saya sangat-sangat menyesal berbuat dia sedikit terasa tadi. Maaf sekali lagi.
Ps: Di zaman internet ni rasanya peribahasa di atas boleh diubah kepada “…terlajak taip mesej buruk padahnya” ^^.