Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata…

sad kitty2

Saya di dalam berkawan, amat serius dalam menjaga hati kawan. Saya sangat akan rasa bersalah jika perbuatan saya melukakan hati kawan di sekeliling saya. Bagi saya, biarlah perasaan saya kawan tak jaga asalkan perasaan mereka saya jaga. Sekurang-kurangnya saya tidak berbuat dosa dengan menyakiti perasaan mereka.

Tapi apa kan daya. Saya juga manusia biasa yang tidak lepas dari kekhilafan. Hari ini secara saya tidak sedar, satu hati telah saya “terasakan” dengan sebaris ayat di wall di facebooknya. Ketika saya menulis di wallnya saya tidak terfikir langsung ianya bakal membuat hatinya sedikit terasa. Bila saya membaca balasannya baru saya tersentak  sendiri dan sedar dia telah terasa dengan kata-kata saya itu.

Apa nak buat. Apa yang sudah jadi sudah pun jadi. Walaupun setelah meminta maaf dan dia juga suruh abaikan sahaja reaksinya itu saya tetap tidak sedap hati dengan apa yang telah saya buat.

Hari ini baru saya percaya dengan hanya di alam siber sahaja kita boleh membuat sesuatu yang memudaratkan orang lain. Selama ini saya tidak percaya bila ada orang yang sanggup tinggalkan dunia blog yang telah bertahun mereka bina hanya kerana terasa hati. Hari ini saya benar-benar percaya.

Di kesempatan ini saya ingin meminta maaf kepada FS atas kelancangan kata-kata tadi. Jika adik si FS masuk ke sini dan baca entri ini beritahu FS saya sangat-sangat menyesal berbuat dia sedikit terasa tadi. Maaf sekali lagi.

Ps: Di zaman internet ni rasanya peribahasa di atas boleh diubah kepada “…terlajak taip mesej buruk padahnya” ^^.

Jiwa kacau otak serabut

maze1

Sejak semalam saya tidak tahu apa puncanya jiwa saya jadi sedikit kacau dan tidak tahu apa yang difikir oleh otak ini.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran tetapi semuanya jawapannya adalah tidak pasti.

Terasa seperti ada sesuatu yang terbuku di hati ini tetapi tidak tahu apakah ia. Perasaan seperti berkecamuk dan ianya seperti berperang sesama sendiri di dalam jiwa ini.

Tekanan persekitaran juga rasanya menyumbang kepada jiwa kacau ini.

Apa yang pasti ianya tidak best.

Semua Sudah Tiada

page

Orang cakap jangan tangkap gambar kucing kesayangan kita takut-takut nanti kucing kita tu hilang/ mati. Itu hanyalah cakap-cakap orang saja dan saya tidak pasti apa agaknya motif  ianya diadakan. Saya memang seorang yang cintakan kucing dan setiap kucing yang saya kutip saya akan rakamkan fhoto mereka dan masukkan ke dalam lamankucing untuk saya tatap di masa akan datang.

Tapi sehingga semalam, semua kucing yang pernah saya rabat da pelihara satu-satu hilang dan ada yang mati. Yang tinggal hanyalah dua ekor kucing pertama dan kedua saya (seperti gambar di atas). Teramat lah sedih mengenangkan nasib kucing-kucing saya yang lain. Jika dulu setiap pagi saya akan kesangkar mereka dan buang najis yang meleka lepaskan pada sebelah malamnya. Lepas semuanya bersih saya akan menggoncangkan bekas makanan kucing dan seekor-seekor akan berlari berkejaran mearah saya untuk bersarapan.

Sekarang, semuanya tinggal kenangan…

Ps: Bila mereka tiada terasa bersalah pula untuk kucing yg hilang tu. Hidup ke mereka mati ke mereka :( .

Alangkah bestnye kalau tiada limit 5GB tu…

Kelajuan Celcom bb di Temerloh Jaya (malam tadi):

[UPDATED] Kelajuan hari ini 07 06 09:

Ps: Kelajuan dah best dah. Kalah streamyx kat umah ni. Tapi, yang tak best bila sampai had 5GB slow nak mampos. Aduh…

Blog Widget by LinkWithin