
Sejak guna Nokia 5800 XpressMusic ni dah bermacam-macam tema (theme) yang saya cuba. Biasalah, bila baru dapat henset ni memang selok (jakun) sikit la. Semua fungsi habis saya godek-godek. Semalam masa saya jalan-jalan di Tube5800 diorang di sana ada buat review satu tema yang baek punya. Memang baek la sebab FREE. Hahaha ^^. Saya memang peminat tema yang berwarna gelap ni. Jadi tema ini memang kena sangat lah dengan jiwa ini. Di dalam pakej tema ini di pereka telah menyediakan sekali beberapa jenis wallpaper yang boleh kita gunakan (format PNG) dan satu wallpaper untuk kita edit sendiri menggunakan Adobe Photoshop (format psd).
Jadi, untuk menjadikan tema saya ini lain dari orang lain saya pun dah buat dua wallpaper saya sendiri. Semestinya saya akan letakkan wajah gadis chomel yang tak jemu mata saya memandang. Siapa lagi kalau bukan HELIZA. Huhuhu ^^.

Klik image untuk lihat saiz sebenar.
Kalau anda nak muat turun dan guna tema ni boleh lah ke sini ye.

Selama ini saya tidak pernah tahu pun ada perisian percuma yang bernama PhotoScape ni. Punya lah “katak di bawah tanah” saya ni. Apa yang saya tahu jika nak edit gambar dengan mudah saya perlu guna Photoshop. Tu pun tak mudah mana sebab kalau sesiapa yang mula-mula berkenalan dengan Photoshop ni mmg terkebil-kebil lah tengok segala macam menu yang ada (saya pun beli buku untuk belajar).
Semalam semasa singgah di blog Rjuna dan baru saya tau perisian PhothoScape ni dapat memudahkan kerja editing gambar saya. Sampai sekarang saya masih tidak tahu macam mana nak hasilkan kesan fhoto lama menggunakan Photoshop tetapi semalam saya dapat buat dengan PhotoScape. Tidak perlu pening kepala, cuma gunakan filter antique photo dan semua selesai. Nak buat animated banner/ button pon tidak sesusah yang saya fikirkan. Dalam masa tak sampai 10 minit satu button untuk blog sudah berjaya saya hasilkan (sila lihat di sidebar kanan).
Jika anda ingin mencuba PhotoScape ini bolehlah ke laman rasminya di www.photoscape.org dan muat turun perisian ini dengan percuma. Anda pasti suka dengan kepelbagaian perisian percuma ini.
Ps: Gambar untuk entri ini juga diedit menggunakan PhotoScape ^^ .

Hari ini saya telah sekali lagi menukar tema (theme) untuk blog ini. Kali ini teringin pula ingin menggunakan tema yang ringkas dan menggunakan warna yang agak minima. Kali ini saya guna tema Extreme Georgia (demo) hasil rekaan Mohd Huzairy aka Bat Infomalaya. Tema ini telah memenangi tempat ke dua di dalam pertandingan typografi layout anjuran Smashing Magazine.
Setelah siap proses installasi saya dapati loading time blog saya lebih cepat berbanding sebelum ini. Mungkin sebab tema yang minima membuatkan ia loading dengan sedikit pantas.
Jika ada yang berminat untuk mencuba tema ini bolehlah ke link berikut:
Converted by Deluxe Templates for Blogspot [Muat Turun]
Converted by Wp-them.es for WordPress [Muat Turun]
Ps: Tunggu tema ini versi MentariWorks pula ^^


Sejak pertama kali saya masuk ke laman AiriStudio selepas diperkenalkan oleh Rjuna saya sudah mula minat dengan hasil kerja seni digital yang di hasilkan di sana. Ianya sangat menarik dan belum pernah saya lihat sebelum ini. Kebetulan ketika itu ada promosi Hari Ibu jadi terus saya menempah satu lukisan digital untuk hadiah Hari Ibu saya dan saya memang berpuas hati dengan hasil kerjanya.
Semalam sewaktu saya melawat-lawat laman teman-teman blog saya terbaca entri mengenai koleksi karya ketika remaja pemilik AiriStudio. Hasil karya ketika remajanya saja sudah mantop, sekarang pasti lebih lagi. Memang terpikat dengan watak-watak kartunnya. Kemudian terfikir pula saya untuk menjadikannya wallpaper untuk Delliza saya. Setelah beberapa minit mengedit terhasil lah wallpaper yang tidak lah begitu lawa tetapi simple bagi saya.
Jika ada yang berminat untuk muat turun wallpaper yang saya buat tu boleh lah klik kedua-dua gambar di atas ^^ .
Ps: Terima kasih Irfan untuk hasil lukisan yang menarik ini. Saya memang suka watak wanita bertudung yang anda lukis itu ^^.