Fwd Mail: Warna Warni Kehidupan di Pejabat

- Ada lelaki & ada wanita

- Ada yang pura2 rajin & ada yang bersantai

- Ada yang pengampu & ada yang pak turut

- Ada yang main games & yang tidur

- Ada yang suka marah2 & yang stress

- Ada yang suka gosip & yang suka jalan2

- Ada yang suka merosakkan harta pejabat & ada yang suka ulang alik ambil minum

- Ada pujian & makian

- Ada yang ceria & yang boring

- Tapi katanya “We’re a team”

- So be fun , enjoy your time , your work & achieve the best

Fwd Mail: Kena Tindih Ketika Tidur

Saya percaya ramai di kalangan kita yang pernah ada pengalaman terasa ditindih ketika tidur dan bila kita buka mata badan terasa sukar atau tidak boleh hendak digerakkan. Kadang kala menakutkan juga bila terjadi seperti ni sebab takut tak boleh bergerak langsung. Apa yang nak saya kongsi di sini ialah fakta tentang perkara ini yang pernah saya dapat melalui email dahulu dan hari ni saya terbaca fakta yang sama di blog Isuhangat. Berikut adalah artikelnya:

“Just to share… aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni… … .betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada… nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)… .. kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena… .aku pun jujur pernah ader pengalaman kena ‘tindih’ ni masa skolah menengah dulu… aderla dalam 3-4 kali jugak… masa tu aku

sedar… boleh bukak mata separuh… ..aku tau aku sedar… tapi takleh gerak… kadang2 geram, sbb takleh gerak… ..pastu 5 minit baru leh gerak… .aku dulu pun takut… mmg ingat kena hempap dah… lps boleh gerak tu seram sejuk jer…

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia… ..barula aku tau kebenaran dia… . ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer ’sleep paralysis’ Sleep paralysis atau dimelayukan ‘lumpuh waktu tidur’… adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)… ..

temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis) ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement… ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage… .otak akan bagitau badan kita suruh rehat… so, badan kiter kira

macam switch off kejap… .REM atonia (tader muscle tone)… … ok, otak kiter pun ader switch off button… .dipanggil reticular activating system RAS… … bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni… so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on… .kirenyer screensaver laaa or hibernate…

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik… … kita sedar fully awake

state… .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter… . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika… before otak activate balik… .mmg menakutkan tapi benar… . tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer… tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc… . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:

1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni… penat sgt)

4. stress yang byk kat otak… masalah keluarga, kewangan bla2

5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal… .heheh extreme sgt contoh aku ni)

6. orang yang ader penyakit narcolepsy”

Adlin & Rantainya

Tengah saya melompat² ke blog kawan² terjumpa cerita pasal Adlin si pengkritik AF6 pakai rantai berbentuk salib kat blog syamsulariff. Terkujat cipanzee kejap saya. Betul ke ape saya nampak ni? Selama konsert AF6 ni tak terperasan le plak pasal rantai ni. Korang tgk la sendiri gambar di bawah ni. Tak tau le benda ni betul ke tak. Hmm… Untuk tau kebenarannya kita tunggu je la si Adlin buat kenyataan.

Fwd mail: Rahsia Tauge

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Blog Widget by LinkWithin