
Jika masa saya study dahulu saya perlu membelek kamus Oxford untuk mencari maksud sesuatu perkataan bahasa inggeris di dalam bahasa inggeris. Tetapi sekarang kerja itu sudah dipermudahkan dengan adanya definr. Definr adalah kamus online yang dapat mencari maksud sesuatu perkataan di dalam bahasa inggeris dengan pantas. Sangat bagus untuk digunakan oleh semua pelajar. Sambil buat assignment boleh terus search apa saja perkataan yang tidak difahami. Definr akan menterjemahkan dengan terjemahan yang pasti mudah difahami oleh semua. Jom meep! dengan definr =)
Hari ini Mohd Ismail ada membuat satu entry berkenaan tips bagi mengelakkan diri kita ditipu di Maybank2U. Terima kasih Mael untuk tips yang sangat berguna itu. Saya juga ingin berkongsi di sini pengalaman saya sendiri mendapat e-mail yang mengatakan mereka ini dari bahagian sekuriti Maybank2U yang mana mereka menyuruh saya untuk mengemaskini segala data Maybank2U saya untuk tujuan supaya akaun Maybank2U saya tidak akan digantung. Kandungan e-mail yang saya dapat adalah seperti di bawah ini.

Klik gambar untuk baling
Sekarang ni tengah hangat kisah George W. Bush kena baling dengan kasut. Tadi masa ke blog Syam ada dia buat entry tentang game ini. Haa… Apa kata kita baling si Bush ni pula (walaupun hanya dalam game). Tengok siapa terer. Huhuhu

Firdee.Net sekarang sudah pun diupgrade ke WordPress 2.7. Memang interface kali ni lebih cun dan tampak kemas dengan 3 kolum (2 sidebar kiri dan kanan). Setiap kali nak upgrade WP ni saya risau juga kalau² tak jadi. Tak pasal² hilang semua data² kat blog ni. Tapi Alhamdulillah, setakat ni semuanya berjalan lancar. Lepas ni tak payah susah² nak manual upgrade sebab dalam WP 2.7 ni dah ada fubgsi upgrade secara automatik. Sangat best! Untuk lebih info boleh lah ke blog Amanz.
Klik sini untuk download WordPress 2.7.