Aku terima nikahnya

Minggu lepas selamat sudah seorang daripada puluhan cucu nenek saya kahwin. Ini kali pertama saya mengikuti proses akad nikah dari mula sampai akhir. Banyak juga perkara yang saya dapat belajar sebagai orang yang masih belum berkahwin. Banyak juga ilmu yang Ustaz Zakaria kongsikan ketika khutbah nikah nya. Boleh digunakan untuk diri sendiri.

Kali ni pertama kali saya lihat macam mana seorang juru gambar otai ambil gambar orang kawen. Sekejap terlentok sana terlentok sini. Terkejar sana terkejar sini. Tangan dia memang pantas snap gambar dan tukar setting. Memang tabik spring. Saya pulak terkial-kial lagi nak cari sudut terbaek (kononnyee) untuk snap gambar. Banyak juga momen yang saya terlepas sebab salah setting dan flash tak nak memancar (guna flash pada kamera je). Hanya gambar-gambar ni aje yang dapat saya snap.

Apa pun, Selamat Pengantin Baru untuk Zainol & Anis. Moga berbahagia selamanya.

Sebulan yang sibuk di HoSHAS Temerloh

Lama betul blog ni terbiar. Sebulan job di HoSHAS bukannya saya balik tak buka internet. Setiap malam bila balik pasti internet yang saya cari dulu. Tapi, mood untuk mengemaskini blog takde. Blank aje otak ni.

Sudah masuk tahun ke tiga saya dengan ITServices, job di HoSHAS ni lah job yang paling memenatkan kerana perlu memasang lebih 500 pc dan perlu ke tempat yang sama setiap hari. Pelbagai pengalaman pahit, manis, masam, masin yang saya dapat di sini.

Pengalaman menarik saya di HoSHAS:

  1. Dapat masuk Wad Kenanga 9. Dapat jumpa golongan manusia yang selama ini hanya saya saksikan di TV saja tapi kali ini LIVE depan mata.
  2. Baru perasan dokter-dokter sekarang ni lawa-lawa dan comel-comel belaka ^^. Antara dokter-dokter ni yang saya terserempak ialah Dokter Sarah. Dia memang cantik dan kiut orangnya ^^.
  3. Berhadapan dengan sebilangan insan-insan yang saya kategorikan agak “kerek”. Saya tahu saya cuma si pemasang pc saja yg hanya punya diploma tapi tidak salah jika saling menghormati. Tidak perlu berlagak dengan status anda.

Ps: Perlu ada di HoSHAS untuk beberapa minggu lagi.

Sejam di Wad Psikiatri


Sekadar gambar hiasan ^^

Minggu ni pelbagai jenis wad saya masuk. bukan masuk sebab sakit tapi sebab buat kerja pasang komputer di setiap wad. Dalam banyak-banyak wad, Kenanga 9 lah satu-satunya wad yang paling “menarik”. Wad ini sentiasa berkunci dan kalau sesiapa nak masuk kena tekan butang loceng di luar wad.

Masuk aje di wad ini kami disambut oleh seorang brader beruniform hijau (seragam pesakit :p). Brader ni sentiasa skiping london aje. Masa tengah pasang PC brader ni asyik mintak buku manual PC aje. Katanya manual is very important. Dia cakap dia tak gila tapi orang lain dalam wad tu aje yang gila. Dia cakap dia budak IKM ambil jurusan elektrik. Sebab tu asyik skiping london aje.

Sejam di wad ni pelbagai perasaan ada. Seram, lucu, simpati semua ada. Terasa bersyukur kerna masih diberi akal yang waras untuk berfikir mana baik mana buruk.

バイバイ2009、歓迎2010

Beberapa jam lagi tahun 2009 akan melabuhkan tirai untuk memberi peluang kepada tahun 2010 memunculkan diri. Alhadulillah, tahun 2009 telah saya lalui dengan pelbagai pengalaman yang punya pelbagai rasa.

Tahun 2009 saya telah diberi peluang oleh syarikat untuk menjadi seorang ketua bagi zon Pantai Timur. Alhamdulillah, saya terima cabaran ini dengan hati terbuka.

Tahun 2009 juga telah menyaksikan saya masih seorang yang “solo” walaupun tahun ini usia saya sudah mencecah 27 tahun (empat hari lalu). Alhamdulillah, saya terima juga dengan hati terbuka (walaupun ramai di sekeliling bising suruh kawen). Mana lah tahu tahun 2010 akan ada yang sudi bertakhta di hati ^^. InsyaAllah…

Tahun 2009 juga adalah tahun yang sibuk untuk saya lagi-lagi di hujung tahun. Harapan saya dengan melimpah ruahnya job syarikat saya dapat melimpah ruah juga lah rezeki saya tahun 2010 ni. Mana lah tau boleh dapat bonus tahun baru ke. Huhuhu ^^.

Tahun 2009 juga adalah tahun ke tiga firdee.net. Terima kasih untuk anda-anda yang masih mahu singgah ke sini walaupun laman ini tidak seberapa.

Akhir kata, selamat tinggal 2009 selamat datang 2010 ^^.

Ps: Entri penamat untuk 2009 ^^.

Blog Widget by LinkWithin