Sinar keemasan di kala Maghrib

Foto ini saya rakam pada jam 7.23 malam 29 Jun lepas sebelum ke surau. Ketika ini hujan masih turun renyai. Tak pernah lagi saya lihat langit berwarna keemasan seperti ini. Indah sungguh permandangan ciptaan Allah ini.

Posted in APA SAJA, FHOTO, PERISTIWA | 10 Comments

Ayat untuk pelindung diri dari Syaitan, Surah As-Saffat ayat 7

Ps: Ayat pendek ini boleh kita hafal untuk dijadikan basahan lidah kita setiap hari untuk melindungi diri dari Syaitan.

Posted in BERPESAN-PESAN, HEBAH, INFO | 5 Comments

Kata-kata indah

“tidak semua orang dapat apa yang dihajatkan dengan mudah. dengan bersabar, jika kamu dapat apa yang dihajatkan itu kelak rasanya lebih manis kerana pastinya kamu kan menghargainya sepenuh hatimu.”

“Sejauh mana kegagalan itu dihadapi dengan penuh kesyukuran, sejauh itu lah ia menjadi wadah untuk menghadapi kejayaan yang akan datang.”

“ada hikmah atas semua yang jadi. Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Allah juga hendak menguji sebenarnya. sabar adalah jalan yang terbaik kerana diberi-Nya dahulu kepayahan sebelum diberi-Nya kesenangan. insyaAllah”

“kurangkanlah bahagiamu, berilah lebihnya pada dia. Bahagia dia, pasti bahagia kamu tadi kan bertambah”

“hidup ini entah sampai bila. mati itu bila-bila masa. oleh itu, jadilah yang terbaik untuk waktu hidupmu dan selepas matimu.”

“CINTA membuatkan pasanganmu mengurangkan bahagianya bagi melebihkan bahagiamu.”

“hargailah dan cintailah dia sementara masih didepan mata.”

“Kata-kata cinta terucap indah, Mengalir berzikir di kidung doaku, Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku.”

“Tercipta engkau dari rusuk lelaki, Bukan dari kaki untuk dialasi, Bukan dari kepala untuk dijunjung, Tapi dekat dibahu untuk dilindung, Dekat jua di hati untuk dikasihi.”

“di dalam CINTA tiada istilah berkira kerna kita kan berkongsi walau sekecil2 perkara.”

“orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya.”

“jika kamu ingin mencari keredhaan ALLAH, carilah keredhaan IBU kamu.”

“wahai wanita, bukan mudah si lelaki ingin merendahkan ego mereka hanya kerana ingin melihat wanita yang dicintainya sentiasa bahagia. Jadi, hargailah si lelaki itu.”

“CINTA membuatkan kamu melakukan apa saja yang terdaya untuk membantu si dia mencapai apa jua yang diimpikannya.”

“cinta itu perlu waktu, memerlukan proses memberi dan menerima, tertawa dan menangis.”

“Hidup tanpa cinta seperti pohon tanpa bunga atau buah.”

“oh Tuhan seandainya telah Kau catatkan, dia milikku tercipta untuk diriku, satu kan lah hatinya dengan hati ku, titipkan lah kebahagiaan.”

“if I could find the words to touch you deep inside.”

“Sesungguhnya kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaan-Nya.”

“Wahai lelaki,perempuan yg setia jgnlah kau siakan setianya,jika disiakan hancurlah jiwanya remuklah perasaannya.wahai lelaki,tidakkah kau tahu mbunuh perasaan itu lebih dahsyat sakitnya dr kau bunuh jasadnya.jasad kau bunuh dia kan mati tapi perasaan kau bunuh dia kan merana seumur hidupnya.”

“bertemu denganmu adalah takdir, berteman denganmu adalah pilihan, tetapi jatuh cinta denganmu adalah sesuatu yang diluar kawalanku.”

“biar pahit itu pergi agar manis datang mengisi, biar kecewa itu berlalu agar gembira datang bertamu, biar gelisah itu lenyap jangan sesekali semangat lenyap, biar derita muncul menyapa agar kekuatan diri dapat dijana.”

“Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..k…erana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.”

“Ku tutup mataku kerna mungkin ku kan nampak wajahmu. Ku diamkan mulutku kerna mungkin ku kan dengar suaramu. Namun, tidak dapat tutup hatiku kerna ku sayang kamu.”

“jika kamu suka dan sayangkan seseorang, biarlah dia bebas. jika dia kembali padamu dia memang ditakdirkan untukmu. jika dia tidak kembali padamu maka dia tidak ditakdirkan untukmu.”

“kegembiraannya kegembiraanku juga. sedihnya sedihku juga.”

Posted in APA SAJA, BERPESAN-PESAN, CATATANKU | Leave a comment

Cara menadah tangan ketika berdoa yang betul

Saya percaya ramai diantara kita diluar sana yang masih tidak tahu atau pun sudah tahu tapi ambil endah tak endah saja perkara ini. Terus terang, saya juga dahulu tidak mengikut cara menadah tangan ketika berdoa yang betul ini kerana saya sendiri tidak tahu (mungkin ustaz pernah ajar tapi saya yang tak dengar betul-betul :p).

Sehinggalah adik saya menegur cara saya berdoa supaya saya membetulkan kedudukan tangan. Memang benar, adab dan cara berdoa yang betul akan memberi kesan kepada doa-doa kita dan saya sudah pun mengalaminya sendiri. Seriusli. Jadi marilah kita sama-sama membetulkan adab dan cara berdoa kita seperti info ini. Moga info yang saya peroleh ini dapat memberi manfaat untuk kita semua insyaAllah.

Info mengenai cara menadah tangan saya ambil dari SINI.

Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. “Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan” .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.

Ini pula info mengenai adab-adab berdoa yang saya ambil dari SINI.

1. Pastikan makanan, minuman dan pakaian, adalah dari sumber yang Halal

2. Ikhlas dengan Allah semasa berdoa. Ikhlas ni maksudnya, buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan laranganNya. Ikhlas bukan sahaja untuk berdoa sebenarnya dalam segala ibadah dan perlakuan kita.

3. Seeloknya didahulukan dengan wudhuk. Sekiranya kita tidak boleh berwudhuk masih juga boleh berdoa.

4. Digalakkan solat sunnat 2 rakaat dahulu sebelum berdoa.

5. Mengadap kiblat semasa berdoa.

6. Membuka telapak tangan dan angkat paras bahu semasa berdoa.

7. Berdoa dengan suara yang perlahan dan lembut. Kita bukan menyeru pada yang tuli atau yang jauh, Allah mendengar apa yang kita pinta. Berlemah-lembutlah dengan Allah semasa berdoa tu. Suara tidak terlalu keras dan tak terlalu perlahan.

8. Jangan terburu-buru dengan Allah. Kita meminta dengan berdoa, kita mesti bersangka baik dengan Allah bahawa doa kita sentiasa di dengari dan dimakbulkan. Ada 3 cara Allah makbulkan doa kita.
a) Dengan serta merta
b) Ditangguhkan untuk di makbulkan di hari akhirat
c) Dijauhi kita dari mara bahaya dan bala bencana.

9. Dahulukan meminta doa untuk diri kita sebelum kita mendoakan orang lain.

10. Meminta doa dengan bersungguh-sungguh. Jangan berdoa seperti ini Ya Allah, berikan lah aku petunjuk jika Engkau suka” Sebab Allah boleh buat apa yang Dia mahu, kalau kita berkehendakkan sesuatu mesti bersungguh-sungguh meminta dengan Allah.

11. Jangan sombong dengan Allah semasa berdoa. Kita banyak berdosa, jadi digalakkan kita menyebut kesalahan kita semasa berdoa. Seperti Nabi Adam semasa berdoa, baginda berkata “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri aku…..”

12. Ulangi hajat kita sebaiknya sebanyak 3 kali ketika berdoa.

13. Jangan berdoa tentang perkara yang haram (seperti nak minum arak, nak menang judi) atau untuk memutuskan silatur-rahim. Selagi kita tidak berdoa ke arah ini, Insyaallah doa kita akan di makbulkan dengan salah satu cara macam dalam no 8.

15. Berdoalah untuk hajat yang dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya. Setiap apa yang kita pinta pastikan kita pinta dari Allah. (e.g nak cepat dapat jodoh atau nak naik pangkat dll)

16. Jangan berdoa kepada perkara yang mustahil (e.g ketul emas di bawah bantal apabila bangun tidur). Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

17. Seorang imam, tidak boleh hanya meminta doa untuk dirinya sahaja. Mesti menggunakan perkataan yang merangkupi semua jemaahnya.

18. Berdoa dengan bertawassul (perantaraan) dengan orang alim. Dahulu, sahabat nabi bertawasul dengan saidina Abbas (bapa saudara Rasulallah). Selepas Abbas meninggal dunia, sahabat2 bertawasul dengan Rasulallah sahaja.

19. Bertawassul dengan perbuatan baik kita apabila berdoa. Misalnya jika kita dalam kesusahan yang teramat kita boleh berdoa sambil bertawassul dengan perbuatan baik yang pernah kita buat dahulu. Seperti, mendahului memberi makan kepada ibu bapa sebelum mamberi anak-anak dan keluarga makan.

Ps: Semua gambar bukan saya punya ye. Semua adalah hak milik pemilik asalnya. Tengkiu =)

Posted in BERPESAN-PESAN, INFO | 6 Comments